Aside

Apakah sebenarnya keperluan kad perubatan? kenapa perlu ada? kalau syarikat dah ada manfaat perubatan tak cukup ke?

Kenapa kita perlu ada medical card? Medical card mana yang terbaik ?
Itulah antara soalan soalan yang sering diajukan oleh masyarakat tentang medical card. Untuk soalan yang pertama tentang kenapa perlu ada medical card, jawapan yang mudah ialah ‘sediakan payung sebelum hujan’.. tapi jawapan ni kalau bagi kat kat bakal customer, silap silap diri sendiri yang makan payung..
Bagi individu yang pernah keluar masuk hospital untuk tujuan perubatan pastinya mereka lebih peka tentang pentingnya untuk memiliki medical card. Tambahan pula mereka yang kurang mampu dan menanggung sendiri kos perubatan. Ya…memang boleh berkunjung ke Hospital kerajaan, mereka lagi pakar..betul tu, memang tak dinafikan. Cuma harus diingat ada ramai juga orang diluar sana berebut rebut untuk ke hospital kerajaan. Pendek cerita, prosedure dan masa  menunggu yang lama sudah pasti akan menambah kesakitan..
Banyak lagi jawapan yang anda perlu tahu kalau di tanya kenapa perlu kad perubatan. Saya nak bagi contoh untuk mereka yang bekerja dengan institusi kewangan atau syarikat besar. Biasanya mereka ini menikmati manfaat perubatan yang ditanggung sepenuhnya oleh syarikat. Bahkan ada yang tanpa had.
Secara ringkas saya nak kongsi tentang cerita sorang rakan saya yang bekerja dengan bank. Suatu hari beliau disahkan menghidap kanser payu dara. Sehinggalah tiga tahun kemudain bank dia kerja menawarkan MSS kerana mengatakan dia unfit untuk kerja selain daripada hanya membawa kos kepada company. Cuba saudara saudari bayangkan…kita tidak boleh menjangka kesihatan kita pada hari akan datang. Kita hanya boleh merancang dan membuat persediaan….Kalaulah rakan saya tadi ada medical card dan perlindungan takaful, sekurang kurangnya ada juga sumber untuk perubatan, dan ada juga sedikit sumber untuk ditinggalkan bila kematian datang menjemput…
Saya bukannya nak menakutkan para pembaca, sekadar berkongsi cerita moga kita mendapat manfaat…pesoalan kedua akan saya kongsikan pada sesi akan datang…(ingatkan nak sambung, tapi sendiri tulis, sendiri pula terharu..insaf….moga Allah merahmati kita)

Kad Perubatan

By mudahtakaful

One comment on “Kad Perubatan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s