Hidup, Masa dan Keluarga

Budaya hidup hari ini menyaksikan pasangan suami isteri akan keluar bekerja mancari duit. Kalau kita imbau kembali sekitar dua puluh tahun yang lepas, kebanyakan isteri atau ibu hanya akan memberi tumpuan kepada urusan rumah tangga atau dengan bahasa mudah menjadi suri rumah sepenuh masa.

Ibu penulis sendiri merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Bila dikenang zaman kanak kanak, bertapa beruntungnya diri ini kerana ibu dapat memberi sepenuh perhatian. Dari segi kasih sayang, pemakanan, persekolahan, didikan, gurauan dan belaian seorang ibu…semuanya cukup.

Namun hari ini, kebanyakan pasangan berlumba lumba untuk bekerja. Mungkin desakan hidup, keadaan ekonomi keluarga juga keperluan kewangan yang saban hari akan meningkat menjadikan fenomena wanita bekerja semakin manjadi kebiasaan. Ya..mungkin ada baiknya, sekurang kurangnya si isteri dapat mengurangkan beban suami menyediakan keperluang isi rumah, mungkin dapat membantu mengumpul wang untuk masa depan, atau mungkin dapat menyediakan pendidikan tedrbaik untuk anak anak.

Kalau dihitung sumbangan atau manfaat hasil daripada Bantuan si isteri bekerja, mungkin tiada alasan untuk kita katakan ‘tidak’ kepada isteri bekerja. Namun, apa yang penulis cuba kongsikan, ggungjawab menyediakan keperluan rumah, kewangan, keselamatan, pendidikan anak anak dan lain lain adalah terletak dibahu suami.Anak anak punyai hak untuk dibelai, dimanja, dikasihi dan diberi perhatian. Paling utama, anak punyai hak keatas susu ibu sehingga usianya dua tahun

Si isteri pula punyai tanggungjawab besar dirumah dan juga pada suaminya. Suami sudah tentu perlukan perhatian isteri, bila pulang penat bekerja, disambut dengan senyuman isteri, dihidang pula dengan santapan istimewa, susun atur rumah pula sedap dipandang mata..sudah pasti akan hilang penat lelah suami dan pasti meningkatkan kerukunan rumah tangga.

Hari ini kita lihat anak anak dijaga oleh amah atau dihantar ke pusat asuhan kanak kanak. Tidak dinafikan ada amah yang baik atau ada pengasuh yang baik yang boleh menjaga bahkan boleh mendidik anak anak lebih baik daripada ibu bapanya sendiri. Tetapi harus diingat, macam mana baik sekali pun mereka, ia tidak akan menggantikan hubungan darah ibu dan anak, takkan melepaskan tanggungjawab si ibu kepada anak. Kita inginkan anak kita, bila sedih pada kita mereka mengadu, bila gembira pada kita dikongsikan dan paling penting bila berdoa, tak pernah tertinggal nama kita disebutkan.

Justeru, penulis ingin mengajak kepada semua pembaca, ayuh kita lihat diri kita, muhasabah diri kita dan hitung kembali masa lalu. Sebagai suami kita punya tanggungjawab besar pada keluarga. Sebagai isteri, tugas paling utama adalah menjaga keperluan suami dan anak anak. Dan tidak lupa, kita sebagai anak, harus berbakti kepada ibu bapa..

Carilah ikhtiar, tingkatkan usaha, kita mesti berubah…kita ingin berjaya, kita ingin bahagia, dan kita ingin membahagiakan orang lain..

kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya..kalau anda tidak berubah, orang laing tidak mampu pengubah anda..

Yang bulat takkan datang bergolek, yang pipih takkan datang melayang..kejayaan takkan datang pada anda kalau anda tidak cari..

Selamat maju jaya

By mudahtakaful

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s