Apakah status manfaat Polisi Insurans Konvensional?

Baru baru ini penulis mengikuti satu ceramah berkaitan pengurusan kewangan. Penceramah berkenaan merupakan bekas CEO Amanah Raya dan merupakan orang yang berpengetahuan luas dalam bidang pengurusan harta pusaka Islam.

Penceramah tersebut memaklumkan bahawa, pada April 2011, Majlis fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa manfaat yang diperolehi daripada polisi insurans hayat konvensionala adalah dikategorikan sebagai harta yang tidak patuh shariah.

Ini bermakna, apabila berlaku kematian kepada pemegang polisi, maka wang pampasan yang diperolehi adalah berstatus tidak patuh shariah. Kalau dah berstatus tak patuh shariah, maknanya duit tersebut tidak boleh digunakan…

Ada orang kata, ini cuma fatwa. Syarikat tatap akan bayaar juga, duit tetap akan dapat…

Ye, memang betul tu. Ini adalah fatwa sahaja. Perlaksanaan mungkin masih longgar. Walau bagaimanapun, bagi penulis semua ini bergantung pada Iman kita..Majlis fatwa dianggotai oleh mereka mereka yang arif dalam hukum hakam Islam. Justeru mereka adalah orang yang berautoriti untuk membuat hujah…

So kalau dah diputuskan tidak patuh shariah…maka kenala kita patuh…

Penulis bagi analogi mudah: Kalau kita dah tahu air yang kita nak minum tu ada kandungan arak, kita akan minum ke tak??

Sudah tentu tidak, kalau iman kita baik dan begitulah pula sebaliknya….

Berikut merupakan catatan yang saya ambil daripada http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/status-pampasan-polisi-insurans-konvensional-selepas-kematian-pembeli-polisi.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-94 yang bersidang pada 20 -22 April 2011 telah membincangkan Status Pampasan Polisi Insurans Konvensional Selepas Kematian Pembeli Polisi. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:

  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa insurans konvensional adalah suatu muamalah yang tidak patuh syariah kerana mempunyai elemen-elemen yang bercanggah dengan prinsip teras Islam.
  2. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pampasan polisi insurans konvensional yang diterima oleh ahli waris adalah dikira sebagai harta tidak patuh syariah.
  3. Dalam hal ini, jumlah bayaran pokok pembeli polisi ketika hayat sahaja dikategorikan sebagai harta peninggalan si mati yang perlu diagihkan secara sistem faraid. Manakala baki pampasan polisi insurans konvensional tersebut tidak boleh diwarisi oleh ahli waris secara sistem faraid serta wajib dilupuskan dengan diserahkan sama ada kepada pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-Negeri atau didermakan untuk tujuan kebajikan termasuklah kepada golongan fakir dan miskin.
  4. Jika terdapat ahli waris pembeli polisi, contohnya isteri atau anak-anak pembeli polisi dikategorikan sebagai golongan fakir dan miskin, maka hukumnya adalah harus bagi ahli waris tersebut untuk mengambil wang pampasan polisi insurans konvensional tersebut dengan jumlah sekadar keperluan sebagai fakir dan miskin setelah disahkan oleh pihak berkuasa atau Jawatankuasa Kariah kawasan berkenaan. Baki wang pampasan polisi tersebut perlulah dilupuskan mengikut cara yang telah dinyatakan dalam perkara (iii) di atas.
By mudahtakaful

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s