Buat Pasport Putrajaya or Wangsa Maju

Pada 27 June yang lalu penulis berkunjung ke Putraja untuk urusan passport. Sekarang kalau nak buat passport sangat mudah dan cepat. Penulis sampai di Putrajaya pukul 8.30 pagi. Alhamdulillah tak ramai lagi orang pada masa tu. Antara dokumen yang diperlukan ialah :

  1. Salinan kad pengenalan
  2. 2 keping gambar
  3. Duit RM100 (untuk 2 tahun)
  4. Borang permohonan (download from website)

Prosesnya sangat mudah, kalau rekod anda tidak ada apa apa masalah (contohnya tak bayar PTPTN), InsyaAllah dalam 2 jam boleh siap. Kali pertama anda dipanggil adalah untuk memproses permohonan. Kali dua dipanggil adalah untuk pembayaran dan kali ketiga adalah untuk kutipan. Secara kesimpulan, kalau anda buat Passport di Pejabat Passport Putrajaya, ianya sangat mudah dan selesa.

Pengalaman kedua, penulis berkunjung ke Pejabat Imegresen Cawangan Wangsa Maju pada 29 June 2012. Penulis sampai di hadapan bangunan Imegresen seawal pukul 7.30 pagi. Sebaik sahaja berhenti kenderaan, penulis didatangi oleh seorang untie yang membawa bersamanya sekeping kertas yang penuh dengan gambar

Untie: “Buat passport ka abang? sudah ada gambar??

Rupa -rupanya untie tadi cuba mepromosikan kedai gambar dia. Penulis hanya tersenyum dan sempat membalas kata kata ” sudah ada untie”

Penulis terus berjalan naik ke tangga. Terkejut penulis, bermula dari kawasan parking sampailah di hadapan pintu emegresen,  hampir 5 orang menawarkan  untuk membuat gambar passport.

Walaupun pada waktu itu baru pukul 7.30 pagi, sudah ramai yang menuggu giliran untuk dipanggil. Ingatkan sampai pukul 7.30 am dah awal, rupa rupanya orang lain lagi awal. Tak sama macam di Putrajaya, kalau sampai pukul 7.30am, sudah tentu jadi orang yang pertama.

Penulis menuggu giliran di luar pejabat emegresen. Sambil menunggu, penulis memerhati gelagat tukang promosi gambar yang berlegar legar di luar pejabat dan juga di kawasan letak kereta. Setiap orang yang lalu atau keluar daripada kenderaan pasti akan ditanya..begitu juga kepada setiap orang yang keluar daripada pejabat emegresen, akan ditanya sudah ada gambar ke belum!!

Sekali fikir, bagus juga mereka ni ada, sekurang kurangnya mereka ni penyelesai masalah bagi mereka yang tak sempat buat atau terlupa bawa gambar. Tapi sekali lagi fikir, kadang diorang ni mengambil kesempatan pula…ada sorang untie ni, bila tengok gambar penulis:

untie:” ini gambar baru ke lama? ini macam  mungkin tak boleh… sebab tak terang. Buat sama kitala..”

Penulis hanya diam dan tersenyum..Setengah orang mungkin takkan tertipu dengan kata kata diorang ni. Cuma kesiannya kalau yang datang tu makcik pakcik yang tak biasa…potensi tertipu sangat tinggi…

Kesimpulannya, kalau anda nak buat passport, pergilah ke PutraJaya. Tapi kalau rasa jauh sangat, boleh pergi ke Wangsa Maju. Tapi pastikan datang awal, lengkapkan dokumen dan jangan lupa gambar.

 

 

 

By mudahtakaful

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s