RISIKO TAK BAYAR PTPTN

Adakah anda seorang penerima bantuan pembiayaan PTPTN?

Sudah bayar ke belum? Atau pun belum terbuka hati nak bayar..

Penulis ingin berkongsi sedikit cerita tentang akhibat tak bayar PTPTN.

Nazri (bukan nama sebenar) merupakan penerima bantuan PTPTN. Beliau telah menamatkan pengajian pada 2006.  Alhamdulillah, rezeki Allah Nazri tak sempat menganggur kerana berjaya mendapat pekerjaan yang baik di salah sebuah Institusi kewangan tempatan.

Dipendekkan cerita, tahun ini tahun 2012. Sudah 10 tahun usia pembiayaan yang diterima oleh Nazri dan sudah 7 tahun Nazri menamatkan pengajian. Nazri juga sudah berumah tangga dan pekerjaannya pun kini lebih baik. Namun, Nazri masih belum menunaikan tanggungjawabnya membayar semula PTPTN.

Hajar (bukan nama sebenar) merupakan isteri Nazri. Hajar juga bekerja dengan syarikat swasta. Hajar  selalu menyuarakan hasrat untuk menunaikan Umrah.

“Bestnya kan bang kalau kita dapat pergi Umrah’..inilah kata kata yang selalu diucapkan oleh Hajar. Nazri mengiyakan sahaja. Bagi Nazri, dia juga punya keinginan yang sama. Cuma jauh disudut hatinya, dia risaukan tentang PTPTN yang langsung tidak pernah beliau bayar.

Suatu hari, Hajar dimaklumkan oleh majikannya bahawa namanya teleh terpilih untuk mengerjakan Umrah bersama pasangan tajaan syarikatnya. Alhamdulillah…syukur Alhamdulillah…itulah ungkapan yang tidak putus putus diucapkan oleh Hajar…

Tidak mahu menyimpan perasaan terharu dan gembira sendiri, Hajar pantas meghubungi suaminya Nazri

“abang, alhamdulillah bang. kita akan pergi Umrah bang”

Dengan suara yang bersulam tangisan, Hajar memaklumkan kepada Nazri..

“Alhamdulillah……” ucap Nazri….

Setelah menamatkan panggilan isterinya. Nazri termenung seketika. Sudah tentu Nazri terkejut dan gembira mendengar berita daripada isterinya. Jemputan umrah yang tidak disangka sangka, tambahan pula ianya akan dilaksanakan pada bulan Ramadhan..masyaAllah, alhamdulillah…

Dalam kegembiraan, tiba tiba kerisauan datang menyelubungi Nazri. Dia terfikir akan PTPTN. Dia yakin namanya sudah termasuk dalam senarai hitam dan tidak boleh ke luar negara.

Suatu hari, ketika menguruskan passport di Pejabat Passport Putrajaya, Nazri dimaklumkan yang beliau tidak boleh membuat passport kerana namanya telah disenarai hitam. Memang sudah dijangka oleh Nazri..Untuk Hajar, dia tidak mempunyai masalah berkaitan urusan passport. Kekecewaan terpancar diwajah Nazri. Penyesalan datang menyelubunginya..

“kalaulah aku bayar PTPTN ini dari dulu, dah tentu takde masalah”…itulah bisikan yang bermain dalam hatinya.

Hajar menyedari apa yang dirasai oleh suaminya. “sabar ye bang, doa banyak banyak moga Allah permudahkan..Jom kita pergi PTPTN buat rundingan”

Pada petang hari yang sama, Nazri bersama Hajar berkunjung ke pejabat PTPTN Damansara. Dalam rundingan, pihak PTPTN meminta Nazri membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM12 ribu sekiranya ingin dikeluarkan daripada senarai hitam. Bertambah pening lagi kepada Nazri…mana nak mencari wang RM12 ribu…

Rundingan diteruskan, dan akhirnya berjaya mendapat keputusan sepakat. Pihak PTPTN bersetuju untuk Nazri membayar pendahuluan sebanyak RM2 ribu sahaja dan menerima cadangan Nazri untuk membayar sebanyak RM600 sebulan.

Keesokan harinya, Nazri menyemak semula namanya melalui PTPTN hotline dan Alhamdulillah, Nazri dimaklumkan yang namanya sudah dikeluarkan daripada senarai hitam. Hari seterusnya, beliau berjaya membuat passport di Pejabat Emegresen. Alhamdulillah..

Kesimpulan cerita panjang ini, bayarlah PTPTN anda. Mungkin hari ini anda kata tak kisah walaupun disenarai hitam kerana tiada perancangan untuk anda ke luar negara. Namun hari esok tiada siapa yang pasti…Walaupun esok mungkin anda tidak ke luar negara, tapi bayangkan kalau esok ajal datang menjemput…bagaimana dengan hutang anda…

Kedua, walaupun masalah yang kita hadapi , yakinlah pertolongan Allah pasti ada…banyakkan doa, tingkatkan amal….

By mudahtakaful

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s