Allah lebih menyayanginya…

Salam syawal semua..

Semalam (28/8/2012) saya dikejutkan dengan berita tentang kemalangan jalan raya yang melibatkan kenalan tempat kerja saya. Pagi hari semalam, hujan agak lebat, Allahyarham yang menunggangmotosikal diceritakan cuba mengelak sebuah kenderaan, tetapi dilanggar pula oleh kenderaan yang lain. Kemalangan berlaku di Jalan MRR2 berhampiran Batu Caves. Arwah sedang dalam perjalanan ke tempat kerja.

Saya terkasima seketika…bila ajal datang menjemput, ia takkan terlewat mahupun sesaat. Apa yang penting sejauh manakah kita telah membuat persiapan untuk berdepan kematian? Cukupkah sudah amalan kita? Bagaimana pula keluarga yang akan kita tinggalkan?

Begitu cuga dengan hutang piutang…bagaimana ia dapat dilunaskan bila kita sudah tiada…

Ingin saya  ingatkan diri saya dan teman semua, elok kalau kita ada perlindungan Takaful, dan bertambah elok kiranya kita ada pengurus wasiat…

Hadith riwayat Bukhari “Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan lebih baik dari tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”.

.

By mudahtakaful

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s