Dah ada penyakit nak ambil Takaful

Saya diceritakan oleh bakal pelanggan saya tentang suaminya yang pernah dimasukkan ke Hospital akhibat masalah buah pinggang. Kini, menurut Dr yang merawat, masalah buah pinggang suaminya sudah berjaya dirawat.

Kemudian saya diajukan soalan ” Boleh tak kalau suami saya nak sertai Takaful sekarang?”

Jawapan saya, ya. Suami puan boleh cuba memohon untuk sertai Takaful. Namun ianya akan bergantung kepada keputusan underwriter.

Kemudian bakal pelanggan ini mencelah, ” Kalau kami tak ceritakan sejarah perubatan dia boleh tak? lagi pun Dr dah kata Masalah buah pinggan suami saya ni dah pulih.

Saya menjawab balas kepada bakal pelanggan ini, ” jangan puan, itu adalah suatu yang salah. Bukan sahaja menyalahi etika, tapi juga menyalahi undang undang. Akhibatnya cukup besar. Sekiranya berlaku sesuatu, syarikat boleh membuat penafian untuk membayar tuntutan kepada suami puan. Semua “material fact” mesti diceritakan. InsyaAllah puan, kalau betul Dr dah kata suami puan dah sihat, tentu boleh sertai Takaful.

 

Kemungkinan yang bakal ditemui olel palanggan diatas

  1. Permohonan mungkin ditolak
  2. Permohonan mungkin diterima, tetapi ada pengecualian atau ada loading (jumlah derma mungkin lebih)
  3. Mungkin ditawarkan pakej yang lain

 

Pengajaran

  1. Sediakan payung sebelum hujan. Jangan tunggu sudah sakit baru nak fikirkan Takaful.
  2. Carilah perunding Takaful yang akan mengutamakan keperluan anda.
  3. Pastikan perlindunggan anda adalah perlindungan Takaful (bukan Insurans konvensional).
  4. Kepada perunding Takaful, jadilah perunding Takaful yang  profesional. Jangan hanya pentingkan komisyen. Fikirkan keutamaan pelanggan dan paling utama fikirkan tentang keberkatan rezeki yang dicari

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s