KIta mesti pilih Takaful dan Perbankan Islam

Setakat June 2012, sudah terdapat 12 lesen pengendali Takaful yang dikeluarkan oleh Bank Negara dan 16 buah Institusi Perbankan Islam.

Alhamdulillah, peningkatan jumlah pengendali Takaful dan Institusi perbankan Islam di negara kita sudah tentu didorong oleh permintaan yang tinggi daripada masyarakat. Ini juga menunjukkan kesedaran untuk memilih muamalah Islam telah meningkat tahun demi tahun.

Namun begitu, dalam kegahairahan kita membangunkan sistem muamalah Islam, masih ada lagi segelintir masyarakat yang masih keliru atau tidak sedar tentang peripentingnya Sistem perbankan dan insurans yang berlandasarkan syariah Islam.

Sewaktu saya berkhidmat di salah sebuah Institusi perbankan Islam, secara purata, daripada 10 orang pelanggan yang saya jumpa, hanya 2 orang sahaja yang tahu kenapa mereka memilih muamalah Islam.

Kebanyakan orang akan bertanyakan soalan tentang apakah bezanya perbankan Islam dengan Konvensional. Tidak kurang juga ada yang memperkecilkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh perbakan Islam.

Kalau nak dijawab memang panjang jawapannya.  Tetapi jawapan yang paling tepat dan mudah…Ianya adalah perintah Allah

Kadang terfikir juga masih ramai rakan rakan muslim di luar sana yang masih berkerja di bank konvensional atau syarikat insuran. Kasihan juga bila mengenangkan nasib anak dan isteri mereka kerana rezeki yang diperoleh sudah tentu statusnya boleh dibahaskan. Adakah ini boleh dikatakan sebagai darurat?

Semoga Allah sentiasa memberikan kita hidayah….

By mudahtakaful

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s