Kerja Bank Tak Perlu Takaful

Bagi mereka yang berkerja di Institusi perbankan, sudah tentu mereka menikmati kemudahan manfaat perubatan yang baik. Bukan sahaja untuk diri, tetapi turut melindungi isteri dan anak-anak.

Sebab itulah ramai dikalangan banker yang merasakan kurangnya keperluan menyertai Takaful.  Ataupun bukan sekarang masanya untuk mereka sertai takaful.

Ingin saya kongsikan kisah benar berkenaan rakan kerja saya Siti (bukan nama sebenar)..

Saya mengenalinya sekitar tahun 2006. Waktu itu siti merupakan pegawai senior di cawangan terbabit. Pada tahun 2007, saya dimaklumkan oleh rakan kerja yang lain bahawa siti telah dimasukkan ke hospital dan disahkan menghidap kanser payu dara.

Beberapa tahun berlalu dan saya juga telah berhijrah ketempat lain.

Pada awal tahun ini (2012), saya mendapat berita bahawa Siti telah pun diberhentikan kerja atas alasan “Prolong ilness”. Tersentuh hati saya meneri khabar berkenaan..

Apa yang saya ingin katakan, pihak majikan kita hanya akan memandang kita selagi mana kita ini sihat dan mampu untuk berkerja. Namun, bila kita ditimpa masalah kesihatan yang berpanjangan, mereka seboleh yang mungkin akan cuba menyingkirkan kita kerana tidak mahu menanggung beban kos perubatan. “Habis madu, sepah dibuang”.  Inilah yang berlaku pada siti.

Bayangkanlah persaan Siti bagaimana….Sudah jatuh, ditimpa tangga…

Saya harap Siti telah  mempunyai perlindungan Takaful sebelum dia sakit dahulu..kerana dengan Takaful, InsyaAllah ia merupakan perlindungan sehingga usia tua kita.

Kepada rakan banker di luar sana, jangan tunggu nasi menjadi bubur, jangan tunggu terhantuk baru ank terngadah….sediakan payung sebelum hujan…ingatlah dirimu dan orang kesayanganmu…

 

 

 

 

By mudahtakaful

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s