Masa Ku Tiada Untuk Keluarga

Masa tiada untuk keluarga….

Kenapa? sebab lima hari kita berkerja dalam seminggu, keluar pagi balik petang, keluar gelap, balik pun gelap…inilah lumrah bagi mereka yang berkerja makan gaji , terutamanya di Kuala Lumpur ni..

Setiap hari sewaktu hendak keluar berkerja, si anak akan bertanya…” Abah balik awal ke lambat hari ni??”

Bila malam hari pula, Si anak bertanya lagi….”esok abah kerja ke??”

Si abah menjawab ” kerja kakak”

Dengan nada sedih si anak menjawab..” alaa….abah cuti la macam ni… cuti, cuti, cuti, cuti….kakak sedih kalau abah dan mama kerja je…”

Semua soalan soalan ini akan hilang atau tidak lagi ditanya oleh si anak tadi bila dia sudah melangkah ke alam persekolahan. Kesannya ibu bapa akan kehilangan peluang besar untuk mendekati hati anak kecilnya. Pada usia kecilnyalah mudah bagi kita membentuk peribadinya, mencantikkan rohaninya, dan mengukuhkan kasih sayangnya pada kita….

Justeru, saya berpesan pada diri saya dan rakan pembaca, ayuhlah kita tunaikan tanggungjawab kita sebagai ibubapa. Masa yang kita ada, sebahagiannya adalah milik anak-anak kita..

Bagi pasangan yang kedua dua suami dan isteri berkerja, mencari rezeki memang satu tuntutan. Namun alangkah baiknya juga kalau si ibu dapat meluangkan masa sepenuhnya dalam mengurus hal rumah tangga.

Sama samalah kita renungkan, fikirkan, dan ikhtiarkan. Moga har hari mendatang akan membawa keabaikan bagi kita semua…

By mudahtakaful

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s