CECAIR TUMPAH ATAS LAPTOP

Salam sejahtera semua,

Pernahkah anda alami pengalaman minuman tertumpah di atas laptop?

Apakah tindakan segera yang perlu anda lakukan untuk selamatkan laptop juga paling penting selamatkan nyawa anda?

Dua hari lepas, sewaktu asyik menghantar post dalam blog ni sambil menikmati segelas susu, tiba tiba susu yang dipegang tertumpah ke atas laptop….

Dalam keadaan panic, saya angkat laptop dan terbalikkan nya

Tiba-tiba skrin laptop jadi kelabu, dengan pantas saya terus shut down ( tindakan ni salah, sepatutnya terus off power, cabut batery).

Selepas shutdown, saya terus lap susu guna tisu dan terbalikkan laptop ke bawah (kononnya supaya susu tak masuk ke bahagian dalam)

Selepas lap, termenung kejap, dalam hati tengah fikir nak cuba hidupkan…

Dengan penuh kerisauan, saya cuba on kan semula (tindakan ini pun salah).

On punya on, tak boleh juga..saya cuba hidu kot kot ada bau hangit terbakar, alhamdulillah takde…

Saya cuba google dalam internet cari tips apa nak buat. Ada cadangan suruh jemur atau halakan pada kipas, jangan sesekali onkan dulu (saya dan onkan awal lagi..silap betul…)lagi lama lagi elok…

Malam hari, disebabkab tak sabar, saya cuba juga onkan, namun tetap tak boleh. Saya buka lapto dan cuba tanggalkan hardisk, alhamdulillah hardisk tak kena air, sekurang kurangnya data tak hilang (hardisk tak rosak pun dah syukur alhamdulillah)

Keesokan harinya saya bawa ke lawyet nak survey harga repair. Jumpa satu service center ni, katanya nak cke saja kena RM 100, kena tinggalkan 3 hari. Lepas dah tahu masalah apa baru diorang bagi sebut harga. Kata orang kedai tu, kalau motherboard kena air, palaing kurang RM1000 dan ke atas…..wow, kalau macam tu baik beli baru…..

Saya beli casing hardisk, balik cuba masukkan hardisk, alhamdulillah, hardisk berfunsi dan semua data selamat..

Tergerak pula hari nak cuba semula onkan laptop.. saya pasang semula hardisk pada laptop dan cuba on kan…..MASYALLAH…ALHAMDULILLAH….Tak saya jangka dan duga…tiba tiba pula hidup….apa lagi, ambil wuduk, terus sujud syukur…..syukur alhamdulillah….

Hari dah hari ketiga lapto saya beroperasi macam biasa…

Secara ringkas, dari pengalaman saya ni, di bawah ini saya kongsikan tips kalau anda berhadapan dengan situasi serupa:

Apabila cecair tertumpah ke atas laptop:

  1. Dengan pantas terus off power dan cabut batery (tak perlu bersopan santun nak shutdown)
  2. Jangan sesekali cuba hidupkan….
  3. Terbalikkan laptop tu kebawah supaya air tadi tak masuk ke dalam.
  4. Dalam masa yang sama, cuba keluarkan hardisk (kalau hardisk tak kena air, insyaAllah ia selamat)
  5. Selepas tu, anda fikirkan lah macam mana nak keringkan bahagian dalam laptop tu. Bila betul-betul yakin dah kering, baru cuba on kan semula (tapi ingat, harapan adalah 50:50 je..)
  6. Kalau nak hantar kedai, fikir dulu sepuluh kali atau lebih. Sebab, kosnya mungkin tak berbaloi. Kalau masih ada waranty pun tak boleh pakai. Kalau nak juga hantar kedai, keluarkan lah hardisk tu, terutamanya kalau ada data peribadi penting dan personal..jangan percaya pada kedai ni…

Semoga bermanfaat.

By mudahtakaful

6 comments on “CECAIR TUMPAH ATAS LAPTOP

  1. saya pernah bagu tertumpah sirap kat laptop my mom . masa 2 tkjut xtaw nak bwat aper . twus lap n tbalek kan laptop . xp skrin ok jer . cmpy skunx lptop boleh gna lg. tapi ada semut bersarang rasanya bekas kna air sirap 2 sebab mesti ada jer semut kt laptop . saya masih belum kasi taw kat mak lg takot kena marah . any suggestion nak hlangkan semut ney ?

    • Bercakap tentang semut ni, satu lagi pengalaman saya ialah apabila semut ni berumah di dalam speedlight camera saya. Kesannya, bila saya on kan speedlight tu, berbau hangit. Mungkin sentuhan antara badan semut dengan papan board kat dalam speedlight mengakibatkan lintas pintas..mungkinla…
      Berbalik kepada soalan anda bagaimana nak hilangkan semut dalam laptop..

      cara terbaik, memang kena buka atau leraikan laptop tu…kena orang yang mahir la. Sebab kena pastikan ratu semut tu dah takde, barula semut-semut lain pun akan berhijrah.

      saya ada jumpa blog ni http://farhanzihun.blogspot.com/2013/05/cara-mengusir-semut-dari-dalam-laptop.html

      mungkin anda boleh cuba, tapi tak tahulah keberkesanannya.
      Selamat mencuba…

  2. Terimakasih karena telah mengunjungi blog saya dan menyebarkan link ke orang lain.
    Suatu kehormatan bisa mengetahui link saya mampr disini.
    Kalau boleh kita kenalan add fb aku ya…
    Farhan zi hun
    thanks….

    Admin at farhanzihun.blogspot.com

  3. Kenpaa laptop saya x boleh on ya air masak tumpah ke maderbott saya pastu ak x off and saya x cabut saya biar pastu saya ambik kain dan lap kan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s