Takaful untuk pelaburan atau perlindungan??

Wahai teman  pembaca, boleh tak teman nak Tanya sikit ni, orang sertai Takaful ni sebenarnya untuk apa? Untuk dapat pulangan pelaburan ke atau untuk dapat perlindungan?

Pernah tak anda didatangi oleh ejen takaful atau insurans? Macam mana cara diorang approach? Maksud teman, diorang akan tekankan tentang kepentingan perlindungan atau tentang keuntungan pelaburan?

Dulu kala, bila sebut pasal ejen insurans atau takaful, ceritanya hanyalah tentang kesihatan, kematian, kecacatan….

Sekarang dah lain..hasil daripada inovasi berterusan dalam industri Takaful, maka  muncullah satu produk takaful yang di gelar ILP atau Investment Link Program. Ianya merupakan bentuk perlindungan yang disertai juga dengan pelaburan….

Cuma yang tidak berapa sihat pula, ada sesetengah ejen hanya ;menekankan tentang pulangan pelaburan yang bakal diperolehi oleh prospeknya berbanding kepentingan perlindungan.

Itu sebabnya, pelanggan sekarang  pula bila ditanya tentang ‘sum covered’, nak berapa? akan dijawab, saya nak yang paling minimum…

Ini semua hasil pengaruh daripada ejen. Cuba bayangkan ada peserta takaful mempunyai polisi Takaful tetapi jumlah yang dilindungi hanya RM6000.

Bang, kalau RM6000, nak beli motor LC sebuah bolehle…macam mana dengan anak isteri kalau jadi apa apa kat abang….

So, sebagai pesanan, untuk mereka yang sudah memiliki pelan Takaful, pastikan pelan anda bersesuaian dengan situasi kewangan anda dari semasa ke semasa. Cek balik jumlah yang dilindungi tu berapa..Kalau sekarang ni umur anda 30 tahun, sepatutnya jumlah perlindungan mesti padan untuk menampung keperluan kewangan keluarga anda sekiranya berlaku sesuatu yang buruk pada anda..

Tapi, kalau anda mempertimbangkan untuk mengambil takaful untuk anak anda pula, ha..yang ni ada beza, kena lain sikit. Jangan le pula bantai sum covered tu sampai maksimum…Kalau anak, kita harap dia sihat dan panjang umur, Investment link bagus untuk mereka. ada perlindungan, ada juga pulangan keuntungan yang boleh diperolehi bila si anak tadi sampai usia 18 tahun…(boleh buat pendahuluan bayar yuran masuk universiti)….

Semoga bermanfaat

By mudahtakaful

One comment on “Takaful untuk pelaburan atau perlindungan??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s