Hadiah Buat Yang Tersayang

Kajian Kes

Yusri berumur 30 tahun, tidak merokok dan berkerja sebagai Pegawai Kerajaan dengan gaji RM4000 sebulan bersih.

Dia mempunyai seoang isteri dan 3 orang anak. Ada sebuah kereta (baki bank RM100K), ada 2 personal financing (jumlah baki di bank RM20K), ada 2 kad kredit (baki perlu bayar RM8K). Ada sebuah rumah dan masih terikat dengan bank.

Soalan: Berapakah perlindungan kewangan yang diperlukan bagi memastikan hutang Yusri mampu dilangsaikan dan untuk survival isteri dia?

Jawapan

Cadangan pelan: (contoh adalah ilustrasi sahaja. mahal atau murah tu subjektif ye, panjang ceritanya dan banyak sudut perlu dinilai)

Jumlah sumbangan tahunan RM4 ribu atau RM333 sebulan.

Jumlah dilindungi RM500K sekiranya berlaku kematian atau kecacatan kekal.

Kemudahan Kad perubatan pula plan 2 RM200 (maksudnya, bila masuk hospital, layak untuk bilik berharga RM200.

Contoh situasi

Sebulan kemudian Yusri dijangkiti demam denggi dan meninggal dunia.

Waris Yusri akan menerima pampasan takaful RM500K. Duit ni nak buat apa, isterinya yang soleha akan menyelesaikan segala hutang piutang Yusri yang berjumlah RM128K (rumah takpe sebab ada gadai janji, so kira settle la).

Baki pampasan ada RM372K lagi.

RM372K ini pula sekiranya dipecahkan mengikut gaji yusri, maka ia boleh menampung keperluan kewangan  Isteri dan anak anaknya untuk tempoh 7 tahun ke hadapan (tak mengambil kira inflasi. kalau ambil kira inflasi, maybe dalam 5 tahun je. ok la tu..). Tempoh 7 tahun ni cukuplah untuk isteri yusri membina semula kehidupan.

Ehmm..yusri tanya soalan: macam mana pula kalau isteri tak tolong bayarkan hutang dan terus kahwin lain…

Ejen jawab : sebab itu saya kata tadi, isteri soleha, jadi didiklah isteri jadi soleha ye.

Yusri : ye, tapi kalau  dah bayarkan hutang, kemudian baki tu dia guna belanja untuk kahwin lain…

Ejen : takpela sekurang kurangnya anak anak en  yusri ada bapa baru nak jaga diorang. Yusri tak perlu lah risau, lagi pun yusri dan matikan tadi…

Semoga bermanfaat

By mudahtakaful

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s