“Bagai Layang-Layang Putus Tali”

Selepas kematian suami, kehidupan Siti (bukan nama sebenar)  ‘ibarat layang layang putus tali’.

Mana tidaknya, kehilangan suami juga menyebabkannya hilang pendapatan. Siti pernah berkerja suatu ketika dahulu. Namun atas nasihat suami, siti berhenti kerja kerana ingin menumpukan perhatian menjaga suami dan anak-anak.

Namun ‘malang tidak berbau’, ‘disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari’.

Suatu hari suaminya mengadu sakit kepala dan demam. Setelah berjumpa Doktor, suaminya disahkan dijangkiti demam denggi..

Di pendekkan cerita, Allah lebih menyayangi suaminya..

Tinggallah siti bersama tiga orang anaknya yang masih kecil. Dalam kesedihan yang masih menyelubungi dirinya, persoalan demi persoalan timbul di fikiran. Bagaimana hendak dia menyelesaikan bayaran kereta, dan hutang hutang lain atas nama suaminya. Bagaimana pula harus dia menyediakan keperluan harian keluarganya..

Ya Allah…..itulah perkataan yang asyik terkeluar dari mulutnya, kepada siapa lagi boleh ia mengadu melainkan pada Allah yang Maha mendengar..

Seminggu selepas kematian suaminya, Siti mengemaskan barang -barang arwah suaminya. Ketika mengumpulkan pelbagai dokumen, Siti terjumpa satu sampul surat besar, lalu dibukanya…..

Allah huakbar…Subhanallah…Bercucuran air mata siti. Rupa rupanya sampul tersebut mengandungi polisi takaful suaminya yang mungkin tidak sempat dicerita oleh arwah.

Dalam keadaan hiba, siti menyelak polisi berkenaan satu persatu..

” Jumlah dilindungi RM400, 000″

Penama: Siti Fareha Binti Johari..

Bertambah laju air mata siti bercucuran. Bertapa sayangnya suaminya pada dirinya dan anak anak. Dan bertapa bertanggungjawabnya suaminya…

Dipendekkan cerita, dengan duit berkenaan Siti telah menyelesaikan segala hutang atas nama suaminya.Sit bercadang, sebahagian duit tersebut ingin digunakan untuk membuat badal haji bagi arwah suaminya….

Allhamdulillah….

By mudahtakaful

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s