Saya Tak Faham Co-Takaful

Saya ditanya oleh seorang teman..

Teman :  Saya tak faham la Co-Takaful tu apa dia?

MT : Hmm…Co-Takaful ni sebanarnya jumlah bil yang perlu dibayar oleh pemegang kad perubatan setelah dia keluar dari wad.

Teman : Aik..kenapa pula kena bayar lagi? kata medical card dah cover?

MT : Kebanyakan Syarikat Takaful mengenakan Co-Takaful ni. Ada juga yang takde. Salah satu sebabnya kenapa ada Co-Takaful ialah untuk elakkan manipulasi?

Teman : Manipulasi macam mana?

MT : Medical card atau kad perubatan merupakan satu kemudahan untuk pemengangnya masuk ke Hospital Swasta. Pun begitu ada juga sesetengah pemengang medical card yang dah menyalahgunakan kad ni. Ada satu kes, Suami isteri bergaduh, lepas tu suami pergi Hospital dan request nak masuk wad. Alasannya sakit perut. Padahal dia sakit hati pada isteri. Duduklah kad wad 2 hari sebab free.

Teman : Hmm..macam mana pulak nak kira Co-Takaful ni?

MT : Kebanyakan syarikat takaful mengenalan 10% Co-Takaful atau max RM1000 dan Min RM300. Maknanya, kalau kos Hospital RM 30 Ribu, pemegang kad kena bayar RM1000 je walaupun 10% adalah RM3 Ribu. Cuba ambil contoh suami yang gaduh tadi, kalau dia masuk wad suka suka je, dan kos dia RM1000. Maka dia perlu bayar RM300 (jumlah Minimum). So, bila ada Co-Takaful ni, suami tadi akan fikir juga dua kali kalau nak suka suka masuk wad, sebab kena bayar RM300. Daripada bayar benda tak perlu, baik belikan hadiah untuk isteri yang merajuk tadi..

Teman : Hmm..tadi MT kata ada juga syarikat yang takde Co-Takaful kan! maknanya syarikat tu yang terbaik ke?

MT : Untuk soalan tu, jawapannya subjektif..tak semestinya syarikat takaful yang takde Co-takaful tu terbaik, dan begitu juga, tak semestinya syarikat yang ada Co-Takaful tu terbaik. Itu semua adalah produk strategy setiap syarikat. Banyak lagi kriteria yang anda perlu tahu sebelum menyertai mana mana pelan Takaful. Contohnya, berapa wakalah fee, apa yang dilindungi dan apa yang tidak, prosedur kemasukan ke hospital susah ke senang, kalau Investment link pula, kena tengok potensi dana nak growth…dan banyak lagi.

Teman : susahnya MT

MT : Tak susah mana pun, kenali ejen yang akan mengutamakan keperluan saudara, InsyaAllah dia akan membantu anda dengan baik

Semoga bermanfaat..

By mudahtakaful

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s