Semakin ramai ibu hamil diserang barah

 2012/09/23 Sydney: Wanita yang lewat menjadi ibu lebih berkemungkinan mendapat barah ketika hamil, lapor satu kajian. Bilangan wanita hamil yang didiagnos dengan barah meningkat sejak 20 tahun lalu, menurut penyelidik Australia dan aliran itu disumbangkan dengan peningkatan usia wanita yang menjadi ibu buat kali pertama.

Hasil kajian yang disiarkan dalam jurnal sakit puan, BJOG, menyatakan bahawa pada 2007, seramai 192 daripada setiap 100,000 wanita hamil dan selepas bersalin menerima diagnosis barah – meningkat daripada 112 setiap 100,000 wanita pada 1994. Pada tempoh sama bilangan wanita hamil berusia lebih 35 tahun meningkat daripada 13 hingga 24 peratus.

 Barah ketika hamil

Bagaimanapun, ketua penyelidik, Christine Roberts, dari Universiti Sydney, berkata: “Barah yang dikaitkan dengan kehamilan meningkat dan sebahagiannya dijelaskan dengan peningkatan usia kehamilan. “Kehamilan menaikkan interaksi wanita dengan perkhidmatan kesihatan dan kemungkinan untuk diagnos tetapi ia mungkin mempengaruhi pertumbuhan tumor.”

Roberts berkata, sebahagian doktor di jabatannya melihat beberapa kes bakal ibu menghidap barah dan mahu mengenal pasti sama ada ia menunjukkan risiko peningkatan. Kumpulannya mengumpulkan maklumat daripada tiga pangkalan data terbesar mengenai kelahiran, kes barah dan kemasukan ke hospital di New South Wales. Ia termasuk data mengenai kira-kira 780,000 wanita yang bersalin lebih 1.3 juta kali antara 1994 hingga 2008.

 Kes baru didiagnosis

Pada tempoh sama, ada kira-kira 1,800 barah baru didiagnos di kalangan bakal ibu dan mereka yang melahirkan anak tahun lalu. Ketika diagnos menjadi lebih kerap sejak beberapa tahun ini, wanita hamil semakin berusia, kata penyelidik. Pada 1994, 13 peratus wanita hamil berusia melebihi 35 tahun, berbanding hampir 24 peratus pada 2007.

Sumber: Berita Harian 23/9/2012

By mudahtakaful

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s