Ujian Hidup

Setiap daripada kita yang hidup sudah pasti tidak akan sunyi daripada ujian. Kadangkala ujian yang datang cukup mencabar untuk dilalui.

Ujian hidup boleh datang dalam pelbagai bentuk, ada orang diuji dengan kesempitan kewangan, ada pula yang diuji dengan kemudaratan kesihatan.

Ada orang punyai duit yang tak terhitung, namun kesihatan telah terjejas

Ada orang punyai duit  namun tiada ketenangan hidup

Ada orang punyai duit tetapi tidak dikurniakan zuriat

Cuba kita ambil contoh mereka yang berkerja dan berjawatan besar. Ramai orang akan melihat bahawa mereka ini punyai  pendapatan lumayan dan menjalani kehidupan yang mewah. Namun pernahkan kita lihat pada sudut yang bertentangan?

Jawatan yang tinggi, sudah tentu datang dengan tanggungjawab dan amanah yang besar. Ianya sudah pasti menuntut pengorbanan yang besar. Pekerja  level pertengahan  keluar berkerja pukul 8 pagi dan pulang ke rumah pukul 7 petang, adakah anda rasa mereka yang berjawatan besar akan keluar pukul 10 pagi dan pulang pukul 5 petang?

Berdasarkan pengalaman saya sewaktu berkerja di dalam industri kewangan, mereka yang berjawatan besar selalunya akan pulang dari pejabat lewat malam. Bila tiba di rumah, masa makan bersama keluarga sudah berlalu, anak kecil juga mungkin sudah tidur, si isteri pula mungkin sudah keletihan.

Cuba bayangkan kalau anda dalam situasi di atas. Bila agaknya anda punyai masa untuk bersembang dan beramah mesra dengan anak anak, juga dengan isteri? Bila agaknya isteri anda punya kesempatan untuk berkongsi cerita dengan anda. Hujung minggu mungkin terlalu lama untuk dinantikan..

Inilah antara punya yang mnyebabkan hubungan anak dan ibu bapada semakin menjauh. Anak-anak dididik  bukan dengan acuan sendiri, anak-anak kurang mendapat belaian kasih sayang daripada ibubapa akhibat kesibukan kerja.

Justeru, untuk kita mentafsir erti kesenangan, banyak sudut yang perlu diamati.

Bila kita berada dipuncak, jangan lupa melihat ke bawah.

Ketika kita berada dibawah, cuba lihat mereka yang jauh lebih rendah 

Sedikit yang anda dapat, banyakkan mengucap syukur,

Banyak yang anda dapat tingkatkan lagi kesyukuran dan banyakkan memberi

Moga setiap yang kita perolehi mendapat keberkatan daripada yang memberi (Allah SWT)

 

Moga bermanfaat

 

By mudahtakaful

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s