Merancang Kewangan Anda

Dewasa kini, masalah kewangan merupakan antara perkara yang menjadi cabaran utama dalam hidup. Ianya bertambah mencabar bagi mereka yang tinggal di Kota Raya.

Setiap hari kita akan keluar berkerja mencari rezeki. Setiap bulan pula, kita akan menerima ganjaran atau  gaji hasil daripada usaha kita pada bulan yang lepas. Bagi mereka yang berkerja sendiri atau berniaga, sudah tentu pendapatan bergantung kepada untung rugi perniagaan yang dijalankan.

Sering terjadi, jumlah gaji yang kita perolehi tidak mencukupi. Pada hal, tahun ini gaji sudah pun ada kenaikkan. Banyak perkara yang perlu anda lihat dalam mengurus kewangan anda. Antaranya anda perlu mengira berapakah pendapatan yang anda perolehi, berapakah jumlah yang anda belanjakan dan berapakah yang anda simpan atau laburkan.

Secara mudah, ada tiga perkara yang boleh anda lakukan sekiraya berdepan dengan defisit (kekurangan) pendapatan:

  1. Kurangkan perbelanjaan
  2. Tambahkan pendapatan
  3. Kekalkan perbelanjaan seimbang dengan pendapatan

Apabila kita berbicara soal mencari kekayaan, selalunya ia akan melibatkan perkara berikut:

  1. Mencari kekayaan
  2. Mengembangkan kekayaan
  3. Melindungi dan menyuburkan kekayaan
  4. Membahagikan kekayaan

Keempat-empat perkara di atas merupakan suatu kemestian yang perlu dilaksanakan oleh setiap individu. Namun pada kebiasaanya, masyarakat hanya akan melakukan perkara yang pertama iaitu mencari kekayaan.

 Perkara kedua adalah berkaitan dengan usaha untuk mengembangkan harta. Antaranya ialah soal pelaburan dan simpanan.

 Perkara ketiga adalah tentang Takaful dan Zakat. Takaful merupakan ‘tools’ untuk anda membuat perancangan kewangan dan persediaan untuk menghadapi masa hadapan yang tidak pasti. Manakala zakat adalah landasan untuk anda membersihkan  atau menyucikan harta sekali gus mengharap keberkatan yang maha Esa. Harus diingat setiap rezeki yang kita perolehi ada hak orang lain yang perlu ditunaikan.

Perkara yang keempat pula berkaitan dengan urusan membahagi kekayaan. Ia merupakan perkara yang selalu ditinggalkan dalam pengurusan kewangan. Mungkin disebabkan kurangnya kesedaran dan kefahaman tentang kenpentingan dan kesan sekirangan tidak mengurus pembahagian harta dengan baik.  

Justeru, pelajarilah cara terbaik mengurus kewangan anda. Sesugguhnya setiap yang kita perolehi adalah sekadar pinjaman daripada yang memberi. Laksanakan amanah dengan bijaksana, moga Allah sentiasa memberkati rezeki yang kita perolehi.

Moga Bermanfaat

By mudahtakaful

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s