Takaful Untuk Aisyatul

Saya bercerita dengan seorang prospek client….
Kenapa Aisyatul perlu Takaful?
Takaful merupakan satu daripada langkah pengurusan kewangan. Hari ini Aisyatul mungkin selesa kerana ada pekerjaan. Namun, akan datang tiada siapa yang pasti. Sediakan payung sebelum hujan, usah terhantuk baru terngadah…
Apakah manfaat yang Aisyatul akan dapat?
Aisyatul akan mendapat manfaat perlindungan sekiranya berlaku kematian atau kecacatan kekal. sekiranya mengambil kemudahan kad perubatan, Cik Aisyatul akan mendapat kemudahan kad perubatan dan ianya terpakai sehingga umur 85 tahun.
Perluke Cik Aisyatul ambil sekarang?
Memang sangat perlu. Di usia muda ni sangat sesuai untuk kita sertai Takaful kerana ia lebih murah dan boleh menjadi sebahagian daripada investment vehicle kita.
Tapi saya sihat sekarang?
Alhamdulillah Cik masih sihat dan memang Takaful hanya untuk orang yang sihat. Kerna bila sudah mengalami masalah kesihatan memang sukar mendapat perlindungan takaful.
Apa lagi yang Aisyatul dapat?
Harus diingat, Takaful merupakan skim yang menggunakan konsep Tabarru’ atau derma. Maknanya sebahagian daripada sumbangan yang dibuat akan menjadi derma bagi membantu peserta lain yang ditimpa musibah. Dengan kata lain ini adalah amal jariah yang dilakukan secara tak langsung. Secara rohainiahnya, kebajikan akan berpanjangan
Tapi kalau saya sihat dan panjang umur sehingga ke hujung tempoh perlindungan rugila sebab tak dapat apa-apa!!
Aisyatul tak rugi apa-apa. Pertama sekali amal jariah dah terlaksanakan!! mungkin dah ramai yang Aisyatul bantu secara tak langsung. Kedua, sebahagian daripada sumbangan yang dibuat akan dilaburkan untuk Aisyatul. Maknanya dihujung tempoh nanti InsyAllah ada pulangan yang Aisyatul akan dapat.
Kalau saya dah sertai insuran boleh tak?
Sebagai muslim, sudah tentu jawapannya tak boleh kerana Majlis Fatwa kebangsaan dah putuskan pada tahun 1972 lagi bahawa Insurans nyawa yang ditawarkan oleh syarikat konvensional adalah tidak patuh syariah. Tambahan pula, april 2011 yang lepas, Majlis Fatwa telah memutuskan bahawa pampasan yang diperolehi daripada insurans nyawa konvesnsional adalh tidak patuuh syariah….
Tapi encik, saya memanga tak berminat dengan Takaful atau insurans. Mungkin belum masanya lagi..
Takpe, saya sekadar berkongsi ilmu, siapa tahu dengan sedikit perkongsian ini boleh memberi nilai tambah berguna kepada Aisyatul. Kalau berminat, hubungilah saya dan saya sedia membantu
By mudahtakaful

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s