Anda juga berisiko…

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tuan dan Puan, Saudara Muslim saya,

Jemputlah baca tulisan ini demi anak-anak, isteri, diri dan masa depan

SAYANGLAH JANTUNG MU : Angioplasty dan CABG

Sebenarnya sebelum menjalani pembedahan CABG , saya telah menjalani prosedur angioplasty sebanyak 4 kali.

Dalam pengertian orang yang bukan pakar, saya memahami angioplasty sebagai satu prosedur bagi memperbaikki aliran darah dalam pembuluh yang menyempit disebabkan oleh plak atau bahan-bahan yang telah menyelaputi didinding pembuluh darah yang menyukarkan pengaliran darah ke jantung. Kita selalu memanggil keadaan seperti ini sebagai jantung tersumbat.

Kaedah ini juga dikenali dengan nama ‘ballooning’ iaitu iaitu dengan ‘menembak/menghancurkan’ plak yang melekat didinding pembuluh darah itu bagi memudahkan pengaliran darah dalam pembuluh itu. Apabila ruang pembuluh darah telah diperbaikki melalui proses ‘ballooning’ maka ‘stenting’ (tongkat) akan dipasang bagi mengekalkan ruang pembuluh darah yang telah ditembak itu terbuka. Ada juga ‘stenting’ tidak dipasang.

Sebaik saja menjalani angioplasty saya merasakan satu perubahan yang drastik sekali. Tidak rasa mengah-mengah, macam orang muda , cergas.

Dengan hal yang demikian maka ianya membuatkan saya lupa untuk menjaga pemakanan dan melakukan senaman. Makanan yang berlemak dan berminyak semakin hari semakin menjadi kebiasaan dan menu harian, bukan sekali sekala saja. Maka badan yang cergas dan sihat itu hanya bertahan hanya selama 5 tahun saja. Dalam tempoh berkenaan sebanyak 4 kali angioplasty telah dilakukan sehinggalah akhirnya pada tahun bulan Jun 2006 pakar jantung IJN mengatakan kaedah angioplasty tidak boleh membantu lagi. Tiada pilihan lain melainkan CABG.

Pembuluh darah yang tersumbat itu telah menjadi keras. Risiko pembedahan 96 %. Maknanya 4 % peluang untuk berjaya dan meneruskan kehidupan. Saya terlalu takut. Malah untuk menghadapi pembedahan itupun amat menakutkan.

Saya diberitahu oleh pakar jantung IJN itu semasa hendak melakukan angioplasty kali ke 5. Terbaring diatas troli pesakit sambil memandang ke skrin tv semasa proses melakukan endiogram ( untuk menentukan keadaan pembuluh darah yang tersumbat), dan setelah dipemberi penjelasan oleh pakar saya diminta untuk membuat keputusan sama ada mahu buat CABG atau sebaliknya. Pakar lantas meninggalkan saya keseorangan diatas troli itu untuk memberi peluang saya berfikir dan membuat keputusan.

Air mata keluar perlahan-lahan. Takut, semua yang difikirkan adalah yang buruk-buruk belaka. Terbayang anak-anak dan isteri. Siapa yang akan menguruskan mereka. Isteri tidak bekerja, anak-anak kesemuanya masih belajar.

Apa pilihan yang ada? Kalau tidak buat CABG, risiko serangan jantung tetap ada. Serangan boleh datang bila-bila. Mati juga. Kalau bersetuju buat CABG, peluang berjaya 4%. 96% pula tiada harapan.
Akhirnya saya buat keputusan, keputusan yang paling besar dalam sejarah hidup saya. Bersetuju untuk CABG, sebab masih ada lagi peluang 4%. Yang lain berserah kepada Allah. Teringat akan firman dalam al-Quran yang bermaksud : apabila tiba masanya untuk menemui ajal ianya tidak akan lewat atau dicepatkan walau sesaat sekali pun.

Maknanya keputusan buat atau tidak buat CABG tidak mempengaruhi tempoh hidup saya.

Sepuluh minit selepas itu pakar jantung datang dan bertanay apakah keputusan yang saya telah buat. Saya jawab dengan pantas tapi perlahan, ada sedikit nada sedih dan takut “bersetuju doktor”. Pakar itu tersenyum dan menyatakan ramai lagi senarai tunggu.

Pakar bedah jantung di hubungi untuk tetamu janji membincangkan CABG dan tarikhnya.

Waktu berbincang dengan pakar bedah itulah saya telah diberikan sekali lagi keyakinan bahawa risiko mati adalah perkara biasa dalam pembedahan seperti ini. Tapi 4% itu perlu dimenfaatkan sepenuhnya. Lagipun katanya dia telah melakukan hampir 3,000 pembedahan kesemuanya berjaya.

Akirnya pembedahan CABG berjaya dilakukan. Dan alhmdulillah saya sihat seperti biasa sehingga hari ini.

Hanya saya hendak menyatakan bahawa kenapa kita perlu melalui semuanya ini. Kita boleh elakkan dengan cara yang mudah sekali iaitu jaga permakanan kita dan buatlah senaman secara konsisten, InsaAllah besar kemungkinan kita tidak perlu angioplasty dan CABG.

Kos kedua-dua prosedur ini terlalu mahal kepada kita yang berpendapatan kecil. Angioplasty yang saya buat di sebuah hospital swasta melibatkan kos lebih 30 ribu ringgit Malaysia. Saya tidak berapa pasti dengan tepatnya kos CABG kerana tidak menyemaknya. Kos telah dibiayai oleh Kerajaan. Tapi kalau tidak silap 60 ribu ringgit. Mahal bukan? Buat apa menyusahkan diri.

Selain dari kos yang mahal, sakit jantung adalah sesuatu yang amat trauma dan menakutkan sekali. Kita tidak tahu bila masa kita akan diserang. Perasaan sentiasa takut. Kadang-kadang rasa sakit disebabkan yang lain pun kita kaitkan dengan sakit jantung.

Apabila saya melihat anggaota badan saya maka adalah parut-parut kesan dari pembedahan itu. Satu parut ditengah perut atas sedikit dari pusat akibat dari ditebuk. Disebelah kiri kawasan dibawah sedikit dari jantung ada juga parut kesan tebukan. Ditengah-tengah dada sepanjang lebih kurang 10 inci dari atas kebawah adalah parut kesan dari bedahan dada untuk melakukan kerja menggantikan pembuluh yang tersumbat untuk dibuat pintasan. Dibahagian kaki kiri dari pangkal peha sehingga hampir ke buku lali ada juga parut kesan dari mengeluarkan pembuluh darah untuk digunakan bagi membuat pintasan/menggantikan pembuluh yang tersumbat.

Sebanyak 4 sumbatan yang telah ditemui.

Memang tidak sakit semasa kita dibedah sebab kita dikhayalkan dengan ubat bius. Malah saya bermimpi indah dengan memiliki sebuah rumah yang cantik dan besar.

Tapi selepas pembedahan kita akan terpaksa menghadapi atau menahan beberapa kesakitan dan ketidakselesaan terutama apabila semua hos-hos yang dimasukkan kedalam badan kita belum dikeluarkan/dibuka lagi. Selama seminggu saya berkeadaan begitu.

Tapi mengapa kita perlu hadapi keadaan seperti yang saya nyatakan itu sedangkan kita ada jalan yang paling murah dan mudah untuk mengelakkannya. Oleh itu ‘Sayanglah Jantungmu, supaya sentiasa sihat dan tidak perlu melakukan angioplasty dan CABG.

Akhirnya kalau terpaksa juga melaluinya, kita lakukan segara jangan fikirkan risiko mati kerana sebenarnya kita tidak tahu bila tarikh mati kita. Hanya kita berdoa agar pembedahan selamat…

(Sumber asal : http://theflowersellingboy.blogspot.com/2011/09/sayanglah-jantung-mu-angioplasty-dan_11.html)

Justeru, sediakan payung sebelum hujan…

Hubungilah saya, saya akan menjelaskan bagaimana Takaful itu sangat penting. Kadang kadang orang tidak suka berbicara soal kematian, namun hakikatnya kematian itu paling hampir dengan kita, bahkah orang yang bijak adalah orang sentiasa ingat akan kematian..

Takaful penting untuk :

  1. Menanggung kos perubatan masa hadapan…hingga umur 85 tahun
  2. sumber untuk menyelesaikan hutang piutang jika ajal datang diusia muda
  3. Bekalan untuk anak isteri
  4. Kebajikan berpanjangan untuk diri (dalam takaful ada ‘Tabarru’ atau derma untuk bantu rakan yang lain)
  5. Simpanan hari tua (kiranya umur panjang, Alhamdulillah ada juga sedikit pulangan)
  6. Dan banyak lagi sebab…

Hubungi saya: 0192366827  Puan Hana (mudahtakaful.com)

(Wakil Perunding MAA Takaful , Kuala Lumpur)

MAATakaful menawarkan kemudahan kad perubatan yang mampu milik untuk memenuhi keperluan anda.

By mudahtakaful

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s