Kenapa Ramai Tiada Takaful

Kenapa masyarakat Melayu menjadi golongan yang paling ramai tidak berminat dengan Takaful?

Daripada pengalaman dan pemerhatian saya, terdapat beberapa sebab kenapa ramai orang melayu tidak menyertai Takaful;

  1. Kedudukan kewangan yang ketat
  2. Kurang kefahaman dan kesedaran tentang kepentingan Takaful
  3. Tiada orang mengajak sertai Takaful
  4. Pengalaman ditipu oleh ejen insurans atau ejen takaful
  5. Selesa dengan kemudahan perubatan yang disediakan oleh majikan

Daripada senarai di atas, kedudukan kewangan boleh saya katakan menjadi sebab utama mengapa ramai orang tidak menyertai Takaful.

Pendapatan golongan sederhana selalunya ibarat kain tuala. Nak tutup pusat nampak ‘lutut, nak tutup lutut nampak pusat’.  Sewaktu saya menjadi pegawai pemprosesan permohonan pembiayaan kenderaan, kebanyakan orang kita sanggup berbelanja lebih untuk kenderaan berbanding untuk takaful atau pelaburan. Bayangkan tinggal di Kuala Lumpur, tapi pendapatan bersih atau ‘take home income’ di bawah RM1000.

Bila pendapatan untuk isi rumah hanya tinggal kurang dari RM1000, bagaimana mereka ni tak terbuka hati nak menyertai Takaful. Kalaupun hati terbuka, tapi kedudukan kewangan pula dah tak mengizinkan. Namun kalau difikirkan secara mendalam, golongan sebegini lagi perlu untuk menyertai Takaful. Sebab apa?

Sekiranya berlaku sesuatu pada mereka, sekurang-kurangnya pampasan yang diterima boleh digunakan untuk membayar hutang piutang dan untuk survival anak isteri. Kalau bijak lagi, wasiatkan sebahagian nilai pampasan untuk amal jariah..

Inilah yang dikatakan pengurusan dan perancangan kewangan.

Satu lagi cabaran besar dalam industri Takaful ialah peranan yang dimainkan oleh ejen takaful. Ramai ejen yang saya jumpa mamasarkan Takaful dengan menekankan tentang aspek pulangan pelaburan. Bagi saya ini telah bertentangan dengan tujuan sebenar takaful iaitu untuk perlindungan.

Memanglah kalau kita lihat produk takaful hari ini dah semakin inovatif. Contohya produk ILP atau investment link plan. Namun hakikatnya, elemen pelaburan yang ada dalam produk tersebut adalah sebagai nilai tambah, dan bukannya tujuan utama takaful.

Apapun, fikir-fikirkanlal….

Semoga bermanfaat.

 

By mudahtakaful

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s