Surrender Sijil Takaful

Kenapa ramai pemegang polisi takaful membatalkan polisi mereka?

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Bank Negara, pada tahun 2008 sahaja peratus serahan sijil takaful ialah 15%. Manakala pada tahun 2011 peratusan serahan sijil telah meninggkat kepada 18%.

Daripada kajian dan pemerhatian saya, ada beberapa faktor yang menjadi punca yang membawa kepada penyerahan awal sijil takaful.

Antaran faktor menyumbang kepada penyerahan awal sijil takaful:

  1. Salah penerangan daripada perunding takaful
  2. Masalah kewangan pemegang polisi takaful
  3. Tiada khidmat selepas jualan oleh perunding takaful
  4. Mengambil pelan takful lain yang lebih baik
  5. Tidak berpuas hati dengan perkhidmatan syarikat takaful

Dalam banyak-banyak sebab di atas, yang saya sembang panjang sikit ialah tentang sebab yang pertama. “Salah penerangan oleh perunding takaful” atau dengan bahasa yang lain ejen mengunakan pendekatan mengelirukan terhadap prospek mereka.

Dewasa kini industri takaful telah mempelbagaikan produk mereka. Antara produk yang menarik ialah ILP atau Investment Link Takaful. Produk ini menawarkan pelan Takaful untuk perlindungan dan pelaburan.

Kesilapan telah berlaku apabila sesetengah ejen mempromosikan produk ini dengan hanya memberi penekanan terhadap elemen pelaburan. Bahkan ada sesetengah ejen takaful yang mengatakan produk ini akan memberi pulangan yang lebih baik daripada ASB atau tabung haji.

Akhibatnya, setahun atau dua tahun kemudian, menyedari bahawa apa yang dijanjikan kepada mereka ibarat  ‘Indah Khabar Dari Rupa’, maka pelanggan yang tertipu ini membuat keputusan membatalkan sijil takaful mereka.

Fenomena ini bukan sahaja akan menghilangkan keyakinan dan kepercayaan mereka terhadap pelan takaful, bahkan ia juga boleh menjadi ‘virus’ yang akan merebak luas dalam industri takaful.

Akhirnya, hasrat kerajaan untuk menjadi pusat kewangan Islam dunia juga akan terbantut.

 

By mudahtakaful

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s