Penerima Hibah Vs Penama dalam Takaful Industri

Adakah anda mengetahui apakah fungsi penama yang ada pada sijil Takaful?

Secara mudah untuk anda faham, penama yang ada dalam sijil Takaful adalah pihak yang dinamakan oleh pemilik sijil takaful dan akan berperanan sebagai pemegang amanah ke atas manfaat Takaful sekiranya pemilik sijil takaful meninggal dunia.

Ini bermakna, apabila pemilik sijil takaful  meninggal dunia, Syarikat Takaful akan membayar manfaat takaful kepada penama yang terdapat didalam sijil takaful. Sekiranya penama tidak dinyatakan, Pengendali Takaful akan membayar kepada ‘Proper Claimant’ (Seksyen 66, Akta Takafuk 1984).

Harus diingat, penama yang menerima manfaat takaful akan bertindak sebagai pemegang amanah dan perlu membahagikan manfaat berkenaan kepada waris simati mengikut Kaedah pembahagian harta pusaka Islam.

Salah faham yang banyak berlaku sekarang ialah masyarakat beranggapan status atau peranan penama dalam sijil takaful adalah sebagai penerima mutlak atau ‘benefisiari’ kepada manfaat takaful si mati.

Masalah akan bertambah rumit apabila pemegang sijil Takaful menamakan anak-anak mereka yang masih dibawah umur sebagai penama. Bagaimanakah si kecil boleh memainkan peranan sebagai pemegang amanah untuk mengurus manfaat takaful yang diterima sekiranya pemilik sijil takaful meninggal dunia.

“Sebagai seorang penama, seseorang itu hanyalah sebagai pemegang amanah yang akan mentadbir pembahagian harta tersebut menerusi kaedah faraid. Jika waris merasakan pemegang amanah tersebut tidak berkelayakkan, para waris boleh mencabar kedudukan pemegang amanah tersebut di mahkamah dan proses pembahagian wang pampasan takafulhibah atau insurans akan menjadi bertambah rumit.

Senario biasa di dalam masyarakat kita ialah apabila si suami meletakkan nama isteri sebagai penama atau pemegang amanah wang pampasan takaful. Isteri yang tidak mengetahui tentang pengurusan harta pusaka atau kaedah faraid pasti menganggap wang pampasan takaful tersebut adalah miliknya sepenuhnya dan menggunakan bagi tujuan diri sendiri.” (Sumber;http://halaqah.net/v10/index.php?topic=7587.20)

Justeru, aplikasi hibah dilihat sebagai altenatif kepada konsep penama yang dipraktikan kebanyakan pengendali Takaful  di Malaysia sekarang.

Hibah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud tabarru; (al-jurjani,1421H:252) atau pemberian tanpa balasan (al-Fayyum, t.t.:273;al-Marbawi,135oH:398).

Pengertian dan pecahan hibah sangat luas, namun secara mudah untuk anda faham, hibah adalah pemberian seseorang kepada seseorang yang lain ketika hidup. Ia boleh dibahagikan kepada dua iaitu hibah mutlak (absolute assigment) dan hibah bersyarat.

Di Malaysia hanya terdapat beberapa pengendali Takaful sahaja  (setakat tahun 2012) yang mengguna pakai aplikasi Hibah  terhadap manfaat takaful antaranya MAA Takaful, Takaful Ikhlas dan Great Earstern Takaful.

Dalam skim takaful biasanya dua akaun akan diwujudkan iaitu Akaun Peserta dan Akaun Risiko Peserta/Akaun Tabarru. Apabila pemilik sijil membayar sumbangan, jumlah berkenaan akan dibahagikan dan dimasukkan ke dalam akaun berkenaan mengikut bahagian terntentu (setelah ditolak yuran wakalah). Bahagian yang dimasukkan ke dalam akaun Risiko Perserta adalah sebagai derma atau tabarru’ (untuk membantu peserta skim takaful jika ditimpa musibah) manakala jumlah yang dimasukkan ke dalam Akaun Peserta akan disimpan atau dilaburkan dan ia adalah milik pemilik sijil takaful.

Majlis Penasihat Syariah Bank Negara pada 21 April 2003 telah memutuskan beberapa perkara berkenaan hibah dalam takaful. Antaranya, manfaat takaful boleh dihibahkan. Seperti yang saya ceritakan diatas, manfaat takaful dibayar menggunakan dana terkumpul hasil daripada tabarru semua peserta.

 Namun menjadi persoalan, adakah jumlah yang terkumpul di dalam akaun perserta juga boleh dihibahkan atau tidak.

Akan bersambung, InsyaAllah…

Moga bermanfat..

 

By mudahtakaful

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s