5 Zaman Pemerintahan Umat Manusia

Sabtu lepas, berpeluang mengikuti tazkirah disampaikan oleh seorang Tuan Guru dari Perak. Tazkirah berkenaan 5 zaman pemerintahan umat manusia seperti yang di sabdakan oleh Rasulullah SAW. Terpanggil untuk berkongsi dengan anda semua, saya telah dapatkan huraian cerita berkenaan daripada laman maya…
 
                                                                                                                                                                                       
 Zaman Umat Nabi Muhammad SAW dibahagikan kepada 5 bahagian mengikut kerangka masa:

“Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.”
imagesCA2WMHU8
“Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ‘ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah,kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.”

“Selanjutnya masa kerajaan yang mengigit (Mulkan ‘Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.”

“Setelah itu, masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.”

“Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ‘ala minhaj an-nubuwwah).”

“Kemudian baginda (Nabi) diam”

[Hadith Riwayat Ahmad dan Baihaqi dari Nuaman bin Basyir dari Huzaifah] 
f
Huraian:

Mengikut Rasulullah, fasa pertama bagi umat ini adalah ketika Nabi masih hidup. Zaman ini telah berlalu.

Kemudian, datang pula zaman pemerintahan yang mengikut cara kenabian. Pada zaman ini, kita dapat lihat umat Islam diperintah oleh 4Khulafa’ Rashidin. Zaman ini juga sudah berlalu.

Kemudian datang pula zaman pemerintahan kerajaan yang ‘mengigit’. ‘Mengigit’ di dalam hadith tersebut bermaksud mereka hanya menyerahkan kekuasaan kepada keturunan mereka. Kita dapat lihat pada fasa ini, kerajaan Umayyah, Abassiyah dan Uthmaniah yang berkuasa dengan menggunakan sistem monarki. Zaman ini juga telah berlalu.

Kemudian datang pula satu zaman yang dunia diperintah oleh pemerintah yang sombong dan bermaharajalela. Dan fasa itu ialah zaman sekarang.Kemudian, setelah berlalunya fasa keempat, akan datang pula fasa ke-5.

Fasa ke-5, dunia akan kembali diperintah mengikut cara Nabi berasaskan syariat Islam. Setelah habis bercerita mengenai fasa 5 tersebut, tiba-tiba Rasulullah terdiam. Dan diam tersebut bermaksud ‘sejarah manusia sudah tamat’.

Rasulullah pernah mengingatkan umatnya yang akan hidup pada fasa ke-4 ini akan kedatangan satu fitnah iaitu fitnah yang paling besar dalam sejarah ketamadunan manusia, fitnah al-Masih ad-Dajjal. Dajjal tidak akan datang dalam fasa ke-5 kerana fasa ke-5 kekuasaan telah berada di pihak orang-orang yang beriman.

Dajjal juga tidak akan muncul selepas fasa ke-5 kerana selepas itu sejarah ketamadunan manusia sudah tamat. Hanya fasa-4 sahaja peluang untuk Iblis mengumpul pengikutnya seramai mungkin yang akan ke neraka.

Dan fasa ke-4 itu adalah zaman yang kita berada di dalamnya SEKARANG. Sebelum munculnya Imam Mahdi dan turunnya Nabi Isa a.s yang akan memindahkan kita ke fasa yang ke-5 dan seterusnya mengakhiri sejarah ketamadunan manusia.

Wallahua’lam..

 
Moga bermanfaat..
By mudahtakaful

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s