Mendidik Anak Perempuan cara Islam

HajarMendidik anak perempuan cara Islam

Mendidik anak perlukan kemahiran. Ramai ibu dan ayah bekerja dan lebih memberi tumpuan pada pekerjaan. Kenapa ramai yang lupa untuk mendidik anak? Sebab pekerjaan kita nampak ganjarannya naik pangkat, naik gaji. Mendidik anak, hasil akan nampak bila anak besar dan pahala yang kita tidak nampak.

Mendidik anak juga berbeza antara lelaki dan perempuan. Jika tersilap didik, anak akan mempunyai sifat berlawanan dari sifat asal jantina. Tip hari ini mendidik anak perempuan. Perlu mendidik mengikut peringkat umurnya dan berkomunikasi sesuai dengan umurnya.

Peringkat pertama mendidik anak perempuan ialah sebelum berusia 6 tahun.

  • Anak perempuan perlu dikhatankan kerana ini akan memberi kesan langsung pada sikap dan kelakuannya di masa hadapan. Berkhatan dapat menyeimbangkan syahwatnya. Jika tidak dikhatan boleh menyebabkan seks menyimpang. Jangan juga dipotong berlebihan kerana memberi kesan.
  • Ketika usia ini ibu dan ayah perlu perhati dan faham perasaan anak
  • Ibu dan ayah perlu selesai masalah anak dengan segera
  • Tidak menghukum anak pada usia begini walau bersalah.
  • Mendahulukan kaedah didikan secara lembut dan kasih sayang

Selepas itu ketika usia 7 tahun, pelajaran pertama pada anak perempuan ialah akidah. Mula diajar beribadah dan sunah nabi.

Ketika usia 9 ke 10 tahun.

  • Ibu dan ayah perlu bijaksana ketika ini dan jangan lagi berinteraksi seperti mereka anak kecil.
  • Pisahkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan ketika usia ini.
  • Pastikan anak telah solat dan dirotan jika tidak solat.
  • Didiklah anak-anak dengan bercerita tentang kisah wanita solehah.
  • Ajar mereka lakukan kerja rumah dan mengasuh anak

‘Ingatlah setiap orang adalah pemimpin dan setiap orang pasti diminta bertanggungjawab atas apa yang dia pimpin. Setiap isteri adalah pemimpin dan penjaga rumah, suami dan anak. Ingat, setiap daripada kamu adalah pemimpin dan kamu semua kelak di minta bertanggungjawab atas apa yang kamu pimpin’

Saya ambil dari buku ‘Mendidik anak perempuan’ keluaran PTS Millennia. Tidak rugi jika ibu dan ayah yang mempunyai anak perempuan milik buku ini.

Sumber:http://mamadamia.com/blog/?p=699

T
h
By mudahtakaful

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s