Berbekam Sunnah Rasulullah SAW

Hari Jumaat lepas, saya berkesempatan untuk mencuba sunnah Rasulullah SAW iaitu berbekam. Ini merupakan kali pertama saya berbekam.

Sebelum ni memang dah banyak kali dengar tentang manfaat berbekam, dan memang teruja untuk mencuba sendiri, tambahan ianya merupakan amalan Rasulullah SAW. 20130426_190229

Alhamdulillah, waktu jalan-jalan kat Giant Batu Caves kebetulan terserempak dengan tukang bekam. Hmm..tengok orangnya, alhamdulillah, boleh saya katakan tukang bekam yang Islamic…

Tentang harga pula, semangkuk RM20. Kalau anda nak berbekam, bagi tahu awal awal nak berapa mangkuk atau berapa tempat. Jangan dah dipasang mangkuk baru nak tanya harga. banyangkan kalau diletak 20 mangkuk kat belakang anda..Boleh bengkok anda. RM20 kali dengan 20 jumlahnya RM400.

Di bawah ni saya sertakan sedikit dapatan maklumat yang saya cari dari bloger lain. Moga orang yang mencatatnya mendapat keberkatan berpanjangan insyaAllah..

20130426_190721

Pesanan:    Dapatkan perlindungan Takaful untuk melengkapkan perancangan kewangan anda. Takaful bukan sekadar tentang mati tetapi ianya berkenaan bagaimana anda mengurus tanggungjawab anda..(tanggungjawab bayar hutang, tanggungjawab kewangan keluarga, tanggungjawab menyediakan kehidupan yang baik untuk keluarga anda pada hari muka)

Coretan berikut adalah ehsan dari sumber (http://mujahidahwana.blogspot.com/2011/12/berbekam-sunnah-nabi-muhammad-saw.html)

Kenapa perlu berbekam?

 Anas berkata, telah bersabda Rasulullah SAW:

 “Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pd malam aku diIsra`kan kecuali mereka berkata: Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam.”

 Dari Ibnu ‘Abbas, bahwasanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

 “Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pd malam aku diIsra`kan kecuali tiap mereka berkata kpdku: Wajib bagimu wahai Muhammad utk berbekam.”

 Dari Said Ibnu Jabir dari Ibnu Abbas dari Nabi saw bersabda:

 “Kesembuhan itu berada pd 3 hal iaitu: ✔ minum madu, ✔ sayatan pisau bekam, ✔ sundutan dgn api (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku (berubat) dgn kay.” (Hadith Sahih Al Bukhari)

 Dari 3 hadith yg di ats, agak² tahu tak sebab perlu berbekam.

 APA ITU BEKAM (Al-Hijamah)?

 ☑ Teknik pengubatan bekam adalah suatu proses membuang darah kotor (toksik iaitu racun yg berbahaya dlm tubuh) melalui permukaan kulit.

 ☑ Toksin ini berada pd hampir setiap org. Toksin² ini berasal dr pencemaran udara, makanan yg banyak mengandung zat pewarna, zat pengembang, penyedap rasa, pemanis, racun sayuran dll.

☑ Kulit adalah organ yg terbesar dlm tubuh manusia, sebab itu banyak toksik/racun berkumpul. Dgn berbekam dapat membersihkan darah yg mengalir dlm tubuh manusia.

☑ Inilah salah satu DETOKSIFIKASI (proses pengeluaran toksik/racun) yg sangat mujarab serta tiada kesan sampingan.

Berbekam sangat berkesan utk melegakan atau menghapuskan kesakitan, memulihkan fungsi tubuh/badan serta memberi seribu harapan pd penderita utk terus berikhtiar mendapat kesembuhan.

FAKTA BEKAM

☑ Jenis Bekam

 
Waktu Berbekam
Berbekam paling baik dilakukan ketika pertengahan bulan krn ketika ini, darah toksik berhimpun. Walau bagaimanapun, berbekam boleh dilakukan pd bila² masa utk tujuan mengubati penyakit.

Mereka yg hendak berbekam dinasihat tidak makan makanan berat antara 2-3 jam sebelum berbekam & lebih baik berpuasa sebelum berbekam.

☑ Alat Bekam

Pd zaman Nabi Muhammad, cawan atau mangkuk kaca digunakan utk berbekam, manakala org Cina pd zaman kuno menggunakan tanduk.
Org Eropah pd abad ke-18 menggunakan lintah utk menghisap darah toksik & kaedah ini masih digunakan di sesetengah tempat di Barat hingga sekarang.
Ketika masih ada pengamal bekam menggunakan kaedah tradisional, perubatan bekam mula menerapkan unsur moden melalui penggunaan alat seperti mangkuk, pisau pembedahan, bahan antiseptik, manakala pengamal bekam menggunakan sarung tangan yg sama seperti pengamal perubatan moden.

☑ Larangan Berbekam

Tidak semua org boleh berbekam krn dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan. Mereka termasuk yg mempunyai masalah:
✿ tekanan darah rendah,
✿ pesakit kudis,
✿ perempuan mengandung & ketika haid,
✿ masalah kulit yg serius
✿ dlm keadaan sangat letih, lapar & kenyang.

Antara anggota bahagian tubuh yg tidak boleh dibekam ialah
mata,
✿ telinga,
✿ hidung,
✿ mulut,
✿ alat kelamin
✿ dubur.

☑ Kebaikan Berbekam

♥ Membantu menghilangkan pening & migrain.
♥ Membantu membuang angin dlm badan, melegakan pernafasan & sistem perkumuhan.
♥ Membantu memecahkan lemak, peluh & melegakan demam.
♥ Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang & urat sendi di kaki.
♥ Membantu mencegah kebas kaki & membantu meredakan serangan angin ahmar.
♥ Mengeluarkan darah toksik & melancarkan peredaran darah yg tersumbat.
♥ Membantu meringankan tubuh. (Darah kotor yg terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat & malas).
♥ Membantu menajamkan penglihatan. (Peredaran darah ke mata yg tersumbat menyebabkan penglihatan kabur).

Bekam dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti
♥ ketegangan urat,
♥ darah tinggi,
♥ jantung,
♥ kolesterol,
♥ masuk angin,
♥ migrain,
♥ sakit mata,
♥ angin ahmar,
♥ sakit gigi,
♥ jerawat,
♥ sembelit,
♥ tekanan,
♥ buah pinggang,
♥ dll

 

By mudahtakaful

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s