BERHATI HATI PENARIK KERETA (REPOSSESSOR)

Tahukan anda sekiranya anda tidak membayar ansuran kenderaan anda melibihi 2 bulan, kereta anda akan menjadi perhatian penarik kereta.

Ingin saya berkongsi pengalaman sewaktu meminjam kereta rakan saya.

Suatu petang, saya dalam perjalanan menuju ke Damansara untuk urusan kerja (menggunakan kereta rakan). Saya menggunakan lebuhraya MRR2.

 Ketika singgah mengisi minyak di sebuah stesen minyak berhampiran Tasik tempat bermain layang-layang, sebuah kereta proton Saga lama yang dinaiki oleh dua orang berhenti dihadapan saya. Kelihatan individu yang berada disebelah pemandu memegang laptop. Mungkin meneliti data senarai nama yang dimilikinya.

Pemandunya membuka pintu lalu bersuara:  abang kereta sudah bayar?

Secara spontan saya menjawab: sudah bayar, kenapa??

Penarik kereta: Bila abang bayar?

Saya: Semalam, kenapa?saya banker.. you all ni siapa??

Penarik kereta: oo..abang kerja bank ya…ok bang…terima kasih..

Cuba anda bayang, kalaulah kawan saya ni (pemilik kereta) sedang keluar bersama isteri dan anak-anaknya atau kalau ianya berlaku dihadapan orang ramai..bukankah ianya akan memalukan dan menjatuhkan air muka.

Memang betul, ia adalah kerja tukang tarik kereta. Namun begitu, ianya perlu dilakukan mengikut cara dan menurut lunas undang-undang.

Tambahan pula dalam kes diatas (setelah saya bertanya pada pemilik kereta), tempoh 4th schedule atau jadual ke empat (peringatan untuk membuat bayaran) belum pun berakhir (21 hari).

Ironiknya, bagaimana penarik kereta ini memiliki data tentang pelanggan bank yang mempunyai tunggakan bulanan. Sepatutnya mereka hanya bertindak setelah mendapat arahan bank dan perlu mematuhi kod dan etika perolehan semula dibawah akta sewa beli pindaan 2010.

Rakan saya (pemilik kereta) telah menghubungi pihak bank untuk memaklumkan kejadian tersebut.

Jawapan yang diberikan oleh pihak bank, :Kami tidak tahu. Sekiranya kejadian tersebut berulang, encik perlu minta penarik kereta tersebut menunjukan kad kuasa….surat makhamah…bla..bla..

Hmm…pandai pula belakon…yang kome pi bagi maklumat, tarik keretadata, atau senarai peminjam kereta yang ada tunggakan buat apa???

Macam-macam..

Pengajaran daripada pengalaman di atas:

Pastikan anda membayar ansuran kenderaan anda mengikut jadual

InsyaAllah ianya takkan berlaku…

 

By mudahtakaful

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s