Peperiksaan Asas Takaful (TBE) Kenapa tak lulus lagi….

Peperiksaan Asas Takaful atau TBE telah masuk masuk tahun yang kedua. Bermula pada April tahun 2012, sekarang  (Jun 2013) sudah pun setahun dua bulan.

Pada pemerhatian saya, ramai lagiimagesCA3BDLQH yang masih mengeluh mengatakan modul TBE ini adalah susah. Sehinggakan ada yang dah sampai tujuh kali menduduki peperiksaan, tetapi masih belum lulus. Dimana silapnya?

Pada pandangan saya, kandungan mudul TBE sekarang sememangnya cukup komprehensif. Secara peribadi, saya bersetuju (70%) dengan silibus yang ada, cuma ada beberapa bab yang perlu dipertimbangkan semula.

Selain daripada itu, saya merasakan format peperiksaan yang mengandungi 100 soalan dan perlu dijawab dalam masa 2 jam adalah tidak sesuai. Kalau kita imbas, format yang lama; cuma ada 50 soalan dan perlu dijawab dalam masa 2 jam. Tambahan lagi format yang baharu ini ada 28 bab sedangkan yang lama cuma ada 11 bab sahaja (untuk family license). Mungkin IBFIM boleh menambah waktu peperiksaan daripada 2 jam kepada 3 jam.

Selesai komen berkenaan dengan modul. Ayuh kita lihat dari sudut yang lain pula. Untuk memastikan anda lulus peperiksaan TBE ini, paling penting adalah bagaimana anda melakukan persiapan. Kalau sekiranya tarikh peperiksaan anda esok dan hari ini baru anda nak buka dan baca buku. Memang jelas peratusan untuk gagal 90%.

Ada juga calon yang membuat persiapan dengan hanya melakukan latihtubi soalan. Untuk kaedah ini, kalau format yang lama, mungkin saya boleh bersetuju mengatakan anda boleh lulus. Tetapi untuk format yang baharu ni, janganlah hanya bergantung pada contoh soalan. Contoh soalan yang anda ada belum tentu sama dengan soalan yang akan keluar. Tambahan pula mudul TBE ni ada 28 bab. Maknanya kalau anda buat latihtubi untuk seribu soalan mungkin ada kemungkinan berjaya. Tetapi kalau sekadar 100 contoh soalan, hhm…tak cukup membantu.

Cara terbaik sudah tentu adalah dengan membuat persiapan awal dan melakukan kombinasi antara membaca buku, hadiri kelas tutorial dan latih tubi soalan. Dan jangan lupa doa dan tawakal..

InsyaAllah anda boleh berjaya.

 

 

 

By mudahtakaful

One comment on “Peperiksaan Asas Takaful (TBE) Kenapa tak lulus lagi….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s