Tips percuma Temuduga Penolong Pegawai Tadbir N27

Hai..

Anda sedang membuat persiapan temuduga!

Jom saya kongsikan dengan anda beberapa tips ringkas secara percuma..

Pekara utama sekali yang anda mesti lakukan ialah membuat persiapan temuduga. Persiapan temuduga  ini luas terjemahannya.

Antaranya:

1) Persiapan dari sudut pengetahuan

  1. Lengkapkan pengetahuan anda terhadap isu semasa dalam dan luar negara.
  2. Ambil tahu berkenaan program atau inisiatif yang kerajaan buat
  3. Ambil tahu tentang dasar dasar kerajaan
  4. Ambil tahu situasi politik (keputusan pilihan raya, kedudukan kabinet atau parlimen)
  5. Ambil tahu keadaan ekonomi (Inflasi, pertumbuhan ekonomi)
  6. Pastikan anda tahu anda ditemuduga untuk jawatan apa dan untuk kementerian mana (dalam slip panggilan temuduga tu ada tulis)

Persiapan dokumen

  1. Lengkapkan resume anda dan pastikan ianya menarik dan terkini (mudahkan orang yang membaca mengetahui diri anda dan kelebihan anda)
  2. Sediakan folder untuk siji sijil anda. Dan pastikan ianya tersusun (mulakan dengan dokumen pengenalan diri, sijil kelulusan akademik dan sijil sijil lain)

Persiapan diri dan pakaian

  1. Kalau lelaki, pastikan rambut kemas
  2. Wanita, pastikan berpakaian kemas dan menutup aurat (tetapi biar nampak profesional)
  3. Bau badan dan bau mulut tu kena jaga ye. Sebab ia akan mempengaruhi keyakinan anda juga keyakinan penemuduga terhadap andatemuduga

Latihan temuduga

  1. Buat latihan temuduga dirumah/dihadapan cermin atau dengan suami atau isteri (bukan dengan girl friend atau boy friend)
  2. Praktis bagaimana berhadapan dengan situasi apabila anda ditanya dengan soalan yang anda tak tahu jawapannya

Persiapan dan persediaan hari temuduga

  1. Pastikan anda tahu pusat temuduga anda
  2. Keluar awal dan pastikan sampai awal ditempat temuduga
  3. Hari sebelum temuduga, pastikan jaga pemakanan. takut nak temuduga, perut pula meragam

Persiapan Rohani

  1. Jangan lupa ambil restu ibu bapa atau suami
  2. Buatlah solat hajat, banyakkan doa
  3. Banyakkan baca doa nabi musa (rabbisrohli…)
  4. Tawakal

Ini mungkin sebahagian sahaja tips. Anda boleh cuba dan semoga berjaya…

 

By mudahtakaful

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s