Takaful Bukan Melindungi Nyawa!!

Kadangkala ada orang akan cakap insuran atau takaful penting untuk melindungi nyawa kita. Sebenarnya ayat inimagesCAZDPD97i kurang sesuai. Nyawa kita ni, bukan kita yang boleh lindungi, hanya Allah SWT  yang Maha Kuasa yang mampu melakukannya.

Justeru, Takaful bukan melindungi nyawa, bukan juga melindungi kesihatan anda. Apakah perkataan yang paling sesuai untuk kita kaitkan dengan Takaful?

Tahukah anda antara aset, nikmat, atau anugerah hebat yang Allah SWT berikan ialah kemampuan menjana pendapatan. Daripada pendapatanlah anda boleh menyediakan/mendapatkan makanan, pakaian, tempat tinggal, rekreasi, simpanan dan rawatan.  Daripada pendapatan juga anda nak membayar hutang. Bahkan untuk melakukan kebajikan pun anda perlu ada pendapatan.

Maka, amat penting bagi anda untuk melindungi pendapatan anda. Bagaimana caranya? Iaitu dengan menyertai takaful.

Contoh mudah, sekiranya gaji anda sekarang ialah RM3000. Sekiranya berlaku sesuatu kepada anda, bagaimana anda boleh pastikan pendapatan anda yang berjumlah RM3000 tidak akan hilang.

Jawapannya, anda perlu mengambil pelan Takaful keluarga dengan perlindungan berjumlah RM360, 000. RM360 ribu, ianya boleh bertahan selama 10 tahun (dengan andaian kos sara hidup sama). Sekurang kurangnya, anda atau keluarga anda adaimagesCAVL5NPX sedikit masa untuk membina/mengukuhkan atau mencari sumber pendapatan baharu.

Bayangkan, jika sesuatu telah berlaku kepada anda dan menyebabkan anda hilang pendapatan. Anda pula tidak memiliki pelan takaful..

Bak kata pepatah, “sudah jatuh, ditimpa tangga pula”

Sebab itulah, sediakan payung sebelum hujan, beringat sebelum kena”…….

Sertailah Takaful hari ini, banyak manfaatnya…

 

By mudahtakaful

2 comments on “Takaful Bukan Melindungi Nyawa!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s