Mendidik Anak Perempuan Memakai Tudung

Anak adalah anugerah Allah,

Anak juga adalah amanah Allah untuk anda,

Baik acuan yang anda gunakan, baiklah hasilnya kelak..

Saya ditanya oleh seorang rakan  “Bagaimana awak biasakan anak perempuan awak pakai tudung? diorang tak tanggalkan ke? diorang tak panaske?”

Jawapan yang saya berikan, bukan berdasarkan buku, atau teori. Ianya adalah berdasarkan pengalaman sendiri dan sebenar dalam mendidik anak-anak.

Caranya:

1)   Si ibu kepada anak, perlu terlebih dahulu memakai tudung dan tahu sebabnya kenapa memakai tudung.

2)  Mulakan seawal umur dua tahun. Seeloknya bila anak tu dah boleh berjalan dengan sendiri.

3)  Ceritakan kepada anak kenapa perlu pakai tudung dan siapa yang suruh.

4)  Ceritakan juga kenapa orang lain tak pakai tudung

5)  Belikan tudung yang sesuai dan ikutla juga trend semasa (tak salah, asalkan tudung tu memang menutup aurat)

6)  Sokongan ibubapa. Puji anak bila mereka pakai tudung

7)  Doa mohon Allah mudahkan niat dan usaha kita mendidik anak

 

“Kayu yang bengkok tidak akan menghasilkan bayang-bayang yang lurus”. Samalah juga kalau si iHajarbu tidak memakai tudung, bagaimana anaknya nak memahami tujuan bertudung.

Apabila anak anda dah boleh berjalan dengan sendiri, belikan tudung dan biasakan anak kita pakai. Awal-awaltu memang la dia akan pakai dan buka. Perlahan lahan dan konsisten. Jangan dimarah pula kalau mereka tak nak pakai atau mereka buka sebab ini peringkat awal. Pengalaman saya, saya mulakan dengan anak sulung. Bila dapat akan perempuan yang kedua, dah mudah sebab dia sendiri nak ikut macam kakak dia..( Allah permudahkan).

Cerita kat anak tu tujuan pakai tudung tu sebab nak tutup aurat. Dan ceritakan pada mereka bahawa Allah yang suruh (biasakan juga mengajar anak anda mengenal Allah. Contohnya, bagitau siapa yang paling hebat? Siapa jadikan kita? siapa bagi kita sihat? semuanya Allah. Semua ni kena ajar dari kecil lagi.

Kadang-kadang bila berada diluar rumah, anak akan tanya, kenapa orang tu tak pakai tudung? Anda kena bagi tau, mungkin dia tak tahu kot? Mungkin mama dia belum ajar lagikan? Nanti Allah marah abah ngan  mama dia? Lepas tu cakap:sayang tak abah ngan mama sebab ajar kakak pakai tudung..

Kena ingat, pakai tudung ni kena konsisten. Contohya, anda nak pergi berkelah kat pantai. Keluar rumah dan dalam perjalanan pakai tudung. Tapi bila mandi kat pantai, buka tudung pula…tak bolehlah macam tu. Kena ingat juga, bila pakai tudung, pakaianmya pun kena la betul. Lengan panjang seluar panjang dan tak ketat…(baju budak lengan panjang banyak kat longwan, cantik dan murah).

Jangan lupa belikan tudung untuk anak ye..Kat Mydin tu banyak cantik cantik dan berpatutan harganya. Janganla setahun sekali baru nak tukar tudung.

Sokongan ibu bapa sangat penting. Pujila anak tu bila mereka pakai tudung.  Bagi senyuman dan cakapla;comella anak abah ngan mama ni pakai tudung..ni la anak soleha..Allah sayang..

Disamping usaha fizikal, ringankan mulut tu untuk memohon doa pada Allah moga usaha anda mendidik anak tu dipermudahkan.

Nak melatih anak solat pun anda boleh guna langkah yang sama,

Moga bermanfaat..

 

 

By mudahtakaful

2 comments on “Mendidik Anak Perempuan Memakai Tudung

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s