Harapan Ibu Bapa di bulan Ramadhan

Salam ramadhan (1434/2013).

Baru-baru ni penulis sempat mengikuti satu ceramah berkenaan bulan ramadhan. Alhamdulillah, banyak ilmu baharu yang diperolehi.

Namun antara pekara yang sangat menyentuh hati penulis ialah berkenaan ibu dan bapa. Penceramah menceritakan tentang harapan ibu bapa ketika bulan ramadhan;

ibu

“sekarang, bila saya sendiri dah bergelar bapa dan datuk barulah saya faham ketika bulan ramadhan bergini pekara yang paling diharapkan oleh seorang ibu atau bapa ialah untuk bersama-sama dengan anak-anak mereka”.

“entah kenapa, bila duduk kat meja makan, akan teringat telatah anak-anak ketika mereka kecil” masa berlalu begitu pantas, anak-anak semua dah besar dan punya keluarga masing-masing”

“anda ni mungkin masih muda dan tak rasa lagi. macam saya la dulu masa muda. Sekarang ni dah bergelar atuk. Saya nak pesan, kalau masih ada ibubapa, balik lah ziarah. hari ni hari khamis, esok jumaat…haa bincang dengan pasangan masing-masing ajak balik kampung tengok mak ayah”.

Hari ni kita buat macam tu, tunjukkan contoh  pada anak-anak supaya mereka belajar. Nanti bila kita pula dah tua insyaAllah mereka juga akan buat perkara yang sama”

“nak balik kampong tu belikanlah buah tangan sedikit. Sedikit bagi anda, besar nilai nya disisi ibubapa”.

 

Justeru, penulis juga ingin berpesan, ambillah kesempatan dibulan yang mulia ini untuk kita sama-sama merapatkan hubungan kekeluargaan.

Hargai, sayangi dan balaslah jasa ibubapa selagi mereka masih ada. Semoga Allah memberi kebaikan kepada kita semua.

 

 

By mudahtakaful

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s