Marah Sebab Dilanggar Camery

Pada petang tadi, saya menyaksikan satu kemalangan. Kemalangan ringan sahaja. Sewaktu dipersimpangan lampu isyarat, sebuah kereta camery cuba mengejar lampu isyarat namun tidak sempat lalu merempuh sebuah motosikal di hadapannya yang memperlahankan kenderaan apabila lampu isyarat bertukar kuning/oren.

Rempuhan tidaklah kuat sangat namun motosikal dan penunggangnya terbalik.

Kelihatan si penunggang motosikal bangun lalu menjerit ke arah pemandu camery. Tidak cukup dengan menjerit/memarahi pemandu tersebut, si penunggang motosikal menendang bumper hadapan kereta camery.

Si pemandu camery keluar sambil mengangkat tangan tanda memohon maaf. Penunggang motosikal kelihatan masih membebel dan mengomel. Dari jauh saya dapat lihat pemandu camery mengulangi permohonan maafnya. Si penunggang motorsikal tetap dengan marah dan egonya.

Dengan rasa bersalah dan simpati, pemandu camery mengeluarkan dompetnya dan menghulur sejumlah wang (walaupun kerosakan tidaklah teruk sangat).

Penunggang motor tadi kelihatan mula beransur tenang. Pun begitu dia tidak menyambut duit yang dihulur oleh si pemandu camery.

Pemandu camery meletakkan duit tersebut ke dalam raga motorsikal diikuti sekali lagi permohonan maaf lantas beredar masuk kereta. Suasana beransur tenang dan kelihatan pununggang motosikal seakan-akan mulai ‘cool’ dan mula menerima apa yang terjadi…

Pengajarannya

Hati-hati ketika memandu. Samaada anda memandu kereta, motor,basikal, pejalan kaki atau apa sahaja kenderaan yang anda gunakan.

Kalau berlaku kemalangan, jangan terus melenting atau marah. Perasaan marah akan memburukkan lagi keadaan.

Kalau anda berada di jalan yang sesak, alihkan kenderaan ketepi agar tidak menghalang lalu lintas (kalau handphone anda ada camera, ambil gambar dulu baru ubah kenderaan)

Bertoleransi dan bawa berbincang adalah penyelesaian terbaik. Buat laporan polis kalau perlu tuntutan insurans/takaful.

Sekadar berkongsi..

By mudahtakaful

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s