Takaful Basic Examination akan ditambah baik???

imagesCA3BDLQHPada bulan ini (August 2013)Takaful Basic Exam (TBE) dengan format baharu telah pun menjangkau usia satu tahun dan empat bulan.

Daripada sumber yang saya rujuk, peratusan kelulusan TBE masih lagi ditahap yang kurang memuaskan.

Beberapa tinjauan telah dibuat untuk melihat maklum balas daripada industri tentang format TBE yang baharu. Ada yang bersetuju dan menyokong format baharu kerana ingin insdutri melahirkan ejen takaful yang berkualiti. Namun, ramai juga yang menyuarakan ketidakpuasan hati kerana ramai bakal ejen mereka tidak lulus dan ini membantutkan agensi mereka untuk berkembang.

Apakah solusinya?
Dalam tempoh terdekat ini, Format TBE akan diteruskan seperti biasa. Susah atau senang, kita semua perlu menghadapinya.

Tetapi saya yakin, dalam tempoh terdekat format TBE akan di tambah baik. Ditambah baik bukan beerti TBE akan dipermudahkan untuk lulus. Tambah baik ini bermaksud, kemungkinan silibus TBE akan diperkemas. Topik yang tidak berkaitan dengan ejen mungkin dikeluarkan. Begitu juga topik yang berulang.

Kesimpulannya, kita ingin melihat industri berkembang, namun dalam masa yang sama kita ingin melahirkan ejen yang berkualiti dan professional.

By mudahtakaful

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s