Kad Perubatan-Apa Yang Perlu anda Fikirkan

sm200Kad perubatan merupakan satu fasiliti untuk memudahkan pesertanya memasuki hodpital dan mendapatkan rawatan perubatan.

Kini kesedaran masyarakat tentang pentingnya kad perubatan semakin meningkat hari demi hari, ditambah pula dengan kerancakan persaingan dikalangan penyedia perkhidmatan takaful dalam menawarkan produk terbaik.

Namun persoalannya manakan kad perubatan yang terbaik atau apakah faktor untuk memilih kad perubatan terbauk.
Justeru dikesempatan ini, ingin saya berkongsi sedikit panduan yang boleh anda gunakan dalam menilai penyedia kad perubatan yang mana yang sesuai anda sertai.

HAD TAHUNAN
Had tahunan atau ‘Annual Limit’ merupakan had yang akan menentukan dalam setahun berapakah jumlah kos perubatan anda yan akan ditanggung. Contohnya, jika had limit tahuna ialah RM50 ribu, maka dalam setahun jumlah kos perubatan yang akan ditanggung ialag RM50 ribu. Jika lebih anda, kena bayar sendiri.

HAD SEUMUR HIDUP
Had seumur hidup pula, merupakan had maksimum yang anda boleh gunakan sepanjang tempoh perlindungan. Untuk memudahkan anda faham, kita andaikan contoh berikut’

Abu ada kad perubatan pelan satu (Limit tahunan RM50K dan limit seumur hidup RM300K)
Ditakdirkan Abu menghidap penyakit buah pinggang dan perlu buat dialisis.

Seminggu 3 kali dan sekali buat RM200. Dalam sebulan RM2400, dalam setahun RM28, 800.
maknanya, RM300K / RM28,800 bersamaan dengan 10 tahun sahaja. Kad perubatan Abu hanya dapat bertahan selama 10 tahun. Selepas itu kad akan tamat dan dia perlu bayar sendiri.

Sebab itu, dalam memilih kad perubatan, ambil tahu kad perubatan mana yang tiada had seumur hidup.
Setakat 1/8/2013, hanya ada 2 syarikat sahaja yang tiada had seumur hidup dan salah satunya MAA Takaful.

CO TAKAFUL
Co-Takaful atau takaful bersama merupakan sejumlah kos rawatan yang perlu ditanggung oleh peserta. Contohnya, jika co-takaful ialah 10% atau minimum RM300 dan maksimum RM1000.
Maknanya, jika kos perubatan ialah RM50 ribu, maka (RM50K X 10% = RM5K), namun berbalik kepada syarat asal maksimum hanya RM1K, maka pelanggan perlu bayar RM1000 sahaja (banyak juga..).

Ada syarikat yang ada co-takaful dan ada syarikat yang tiada co-takaful. Syarikat yang saya wakili ni alhamdulillah tiada Co-Takaful kecuali untuk usia 15 tahun ke bawah.

CO PAYMENT
Co-Payment pula dikenakan jika pelanggan ‘upgrade’bilik. Jika kelayakan bilik pelanggan hanya untuk bilik RM150, namun telah memilih untuk masuk ke bilik yang lebih tinggi, maka dia akan dikenakan co-payment (biasaya 10% daripada jumlah bil.Contohnya, jika keseluruhan bil ialah RM50 ribu, maka pelanggan kena bayar RM50 ribu.

MANFAAT DILINDUNGI
Biasanya merujuk kepada jadual faedah. Contohnya berkenaan faedah hospital, faedah pesakit luar dan lain-lain faedah.
Untuk syarikat yang saya wakili ini, antara kelebihan yang tiada pada syarikat lain (setakat August 2013) ialah pemegang kad akan mendapat faedah khairat kematian (semua sebab) yang berjumlah RM5000.

Selain daripada itu, kos rawatan untuk dialisis buah pinggang, fisioterapi pesakit luar dan rawatan kanser pesakit luar, kos yang ditanggung adalah ‘as charged’ (seperti yang di kenakan, tertakluk kepada limit tahunan).

PANEL HOSPITAL
Panel hospital juga merupakan antara faktor penting yang anda mesti pertimbangkan. Anda perlu ketahui adalah syarikat takaful yang anda sertai mempunyai panel hospital berdekatan dengan rumah atau tempat kerja anda, banyak atau sikit jumlah panel pun perlu diambil kira.

Ini adalah sebahagian sahaja faktor pertimbangan. Yang paling penting, temuilah perunding takaful yang mengutamakan keperluan perancangan anda..

Moga membantu..

By mudahtakaful

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s