Harga Minyak Naik Lagi..

minyak naikCakap susah, tak cakap pun susah..

Semalam harga minyak RON95 naik 20 sen menjadi RM2.10. Sebagai seorang pengguna, juga sebagai seorang rakyat Malaysia, penulis berasa sangat kecewa dengan kenaikan harga minyak ini.

Kebiasaannya, kenaikan harga minyak pasti akan disusuli dengan kenaikan harga barang. Inilah kesempatan bagi sesetengah peniaga untuk menaikan harga barang.Harga barang kalau dah naik, usah mengharap nak turun lagi.

Yang tak naik ialah gaji orang yang makan gaji.

Menurut kerajaan, beban rakyat ini akan diimbangkan melalui bantuan BRIM yang mungkin akan ditambah jumlahnya pada masa akan datang. Pada pendapat penulis, walaupun BRIM dinaikkan menjadi RM1200, ianya tidak mampu mengurangkan kesan kenaikan harga minyak secara keseluruhan.

Dalam kapasiti penulis sebagai rakyat biasa, tiada lain yang penulis mampu lakukan untuk mengubah keadaan. Apa yang termampu, ayuh kita berdoa, mohon pada Ilahi agar hari-hari mendatang akan lebih baik daripada hari ini dan hari-hari sebelumnya.

Tingkatkan ilmu, tingkatkan amal, tingkatkan iman, dan tingkatkan usaha dalam kita mencari rezeki.

Hidup mesti diteruskan, dunia dicari, akhirat kita buru…

By mudahtakaful

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s