Ibadah Haji:Muassasah Vs Pakej

Alhamdulillah, musim haji tiba lagi.

Bagi semua bakal haji, saya mengucapkan selamat mengerjakan haji dan semoga segala urusan dipermudahkan.

Sidang pembaca yang budiman, tahukah anda apa bezanya mengerjakan haji secara Muassasah dan Haji secara pakej?

Untuk pengetahuan anda, kalau orang sebut mengerjakan haji ikut Muassasah (pergi secara biasa) maksudnya melalui pengurusan Tabung Haji. Manakala “Pakej” pula bermaksud mengerjakan haji melalui pakej yang disediakan oleh pihak swasta contohnya Tabung Haji Travel & Services.

Perbezaan yang paling utama pula ialah kos haji yang dikenakan. Kalau pergi malalui muassasah kosnya sekitar RM9000++(selepas subsidi).

Kalau pergi mengikut pakej, harganya sekitar RM20,000 sehingga RM150, 000. Perbezaan harga ini adalah disebabkan pemilihan lokasi penginapan dan juga kos pengangkutan, serta kumdahan tambahan yang lain. Haji pakej biasanya akan memilih lokasi penginapan yang lebih dekat dengan Masjidil Haram (Kalau di Mekan).

Sekarang ni kalau anda mendaftar haji dengan Tabung Haji, biasanya tarikh untuk giliran anda akan jauh kehadapan. Yang mendaftar awal akan dipanggil dahulu (apabila cukup syaratnya).

Justeru, bagi mereka yang mungkin ada kemampuan lebih dan ingin menunaikan ibadah haji diusia muda, bolehlah pergi melalui haji pakej. Tak salah kalau anda mampu, bahkan dengan kemudahan yang anda perolehi InsyaAllah proses haji akan lebih lancar.

Ada orang berpendapat, walaupun dirinya mampu untuk pergi haji melalui pakej (bayar mahal), dia tetap akan memilih haji malalui maussasah.

Bila ditanya kenapa? Jawapnya ingin merasa susah seperti orang lain.

Hmmm..mungkin persepsi begini boleh diperbetulkan.

Bagi saya, kalau anda mampu bayar lebih, ikutlah kemampuan anda. Sekurang-kurangnya kota haji muassasah tu boleh bagi pada mereka yang lain yang betul-betul tak mampu dan dah menunggu lama untuk dipanggil.

Sudahkan anda menabung untuk Haji?

Kalau ye, Alhamdulillah. Namun harap anda dapat buat sedikit perkiraan: kalau anda sekadar simpan dibank, ianya tidak banyak memberi kesan kerana kebiasaannya bank hanya bagi keuntungan (mudharabah account) sekitar 2% – 3%.

Untuk pengetahuan anda ada saluran pelaburan lain (patuh syariah) yang boleh memberikan pulangan keuntungan yang baik.

Selain itu, jika ditakdirkan anda dijemput Ilahi dalam keadaan haji anda belum ditunaikan, InsyaAllah badal haji akan dilaksanakan untuk anda (melalui pakej amanah trust yang disertakan).

Justeru, hubungi saya untuk kerangan.

imagesCAXI42TA

By mudahtakaful

3 comments on “Ibadah Haji:Muassasah Vs Pakej

    • Salam Pn Zakiah, nak tahu tentang apa tu? Saya cadangkan kalau Pn nak tahu lanjut, adalah lebih baik pn hubungi TH or mana travel agency yang menyediakan pakej haji. Tapi kalau nak tanya ringkas, insyaAllah saya cuba jawab. Terimakasih ye kunjungi blog saya.

  1. Saya suka sangat statement ni – “Bagi saya, kalau anda mampu bayar lebih, ikutlah kemampuan anda. Sekurang-kurangnya kota haji muassasah tu boleh bagi pada mereka yang lain yang betul-betul tak mampu dan dah menunggu lama untuk dipanggil.”

    Sangat setuju. Kita lihat ramai golongan makcik-makcik dan pakcik-pakcik tua dari kampung pergi menunaikan haji dalam keadaan kesihatan dan tahap keupayaan mereka, tak tahulah berapa lama mereka simpan wang untuk tujuan ini. That opportunity should be prioritised for those like them.

    Informative blog, TQ!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s