Jaga Gigi Anak Anda

Tips Menjaga Gigi Anak

Menjaga kebersihan mulut dan kesihatan gigi adalah perkara penting yang perlu diambil berat oleh setiap pasangan yang bergelar ibu dan bapa.
Kebersihan mulut boleh mempengaruhi kecerdasan akal juga tahap keyakinan diri. Begitu juga dengan kesihatan gigi, kalau gigi tidak sihat maka keyakinan diri akan berkurangan disebabkan malu dan segan.
Amalan menjaga kebersihan mulut dan kesihatan gigi pelu diterapkan kepada anak-anak kita diawal usia mereka. Bahkan ketika masih bayi lagi harus kita mula menjaga gigi dan kebersihan mulut mereka.
Berikut dikongsikan tips untuk pemjagaan mulut dan gigi (berdasarkan pengalaman sebenar)

1) Ketika bayi biasakan mengelap mulut/gusi/lidah baby selepas ia menyusu. Tidak kiralah menyusu badan ataupun susu botol

2) Jangan biasakan baby anda tidur dengan puting ibu atau puting botol susu sentiasa dimulut. Kalau dibiar, lama kelamaan akan menjadi ‘habit’ dan susah nak dihentikan. Paling penting, amalan begitu boleh menyebabkan gigi baby anda rosak (ada karies gigi)

3) Untuk kanak-kanak pula (umur 2 tahun sehingga 5 tahun), anda perlu membantu menggosok gigi mereka. Jangan biarkan mereka sahaja yang gosok sebab takut tidak bersih. Kalau nak ajar dan biasakan mereka, bolehlah anda suruh mereka gosok dahulu, tetapi selepas itu anda perlu melengkapkannya. Biasanya, anda perlu membantu anak anda sehingga mereka berusia 6 tahun (mungkin berbeza-beza).

4) Sentiasa perihatan kepada perubahan gigi anak anda. Kalau boleh dua minggu sekali periksa mulut mereka guna cermin. Lihat bahagian belakang gigi tu sebab takut ada plak/caries. Kadang kita Nampak kat depan elok, rupanya kat belakang gigi tu ada masalah.

5) Selain daripada amalan mengosok gigi dengan betul dan penjagaan kesihatan mulut, anda juga perlu menjaga diet pemakan anak anda. Kurangkan mengambil makan yang manis. Contohnya minuman dalam tin, gula-gula, makanan ringan dan lain-lain makanan yang tidak sihat. Sesetengah orang, mereka akan cenderung memberi makanan ringan atau gula-gula sewaktu nak mengambil hati atau nak memujuk anak. Ini adalah kurang tepat dan perlu diubah.

6) gigiAkhir sekali, bawalah anak anda ke klinik gigi untuk melakukan pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya 6 bulan sekali.

Mulut sihat, otak cergas, gigi sihat keyakinan tinggi…

By mudahtakaful

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s