Lakukan Perkara Sama Dengan Cara Berbeza

Ramai orang melakukan sesuatu perkara yang sama seperti mana orang lain. Namun, hasilnya berbeza bagi setiap orang yang berbeza.

Ramai orang menjual nasi lemak, ada yang berjaya dan ada yang tidak berjaya. Ramai yang berniaga goreng pisang setiap petang. Ada yang laris, ada juga yang langsung tak terjual.

different ways

Sekiranya anda seorang perunding Takaful, cuba lihat rakan-rakan anda yang lain samaada dalam syarikat yang sama atau dengan syarikat lain.

Ramai perunding takaful yang cemerlang dan senang lenang. Tetapi anda, walaupun sudah bertahun masih tidak menemui jalan kejayaan. Sedangkan anda juga adalah seorang perunding takaful seperti mereka.

Jawapannya mudah sahaja. Mereka memasarkan apa yang anda pasarkan dengan cara berbeza. Mungkin anda masih belum menemui cara yang betul untuk melakukanya. Maka bertanya dan belajarlah daripada mereka yang sedang adan sudah berjaya.

Mungkin anda sudah berusaha dengan gigih, namun kaedah atau pendekatan anda kurang tepat.

Justeru, jangan hanya istiqamah, tapi perlu ada muhasabah

Selebihnya sudah tentu Allah yang akan menentukan. Kita usaha dan lakukan yang terbaik, InsyaAllah Allah akan membalasnya.

usaha tangga kejayaan

By mudahtakaful

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s