RM18000 Rawat Patah Tulang Belakang

***Kisah dibawah mengingat kita bertapa perlunya kita ada Perlindungan Takaful*****

Sumber:http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/IbupatahtulangbelakangperluRM18_000/Article/index_html

****Semoga Nurhidayah dan keluarga tabah mengharungi ujian Allah…Moga Allah mempermudahkannya…
_________________________________________________________________________________________________________________
Jasin: Seorang ibu beranak dua memohon bantuan kewangan bagi menampung kos rawatan tulang belakangnya yang patah beberapa tahun lalu.

Wanita berkenaan, Nurhidayah Kamarudin, 30, berkata, bantuan RM18,000 itu diperlukan kerana dia kini lumpuh separuh badan dan tidak mampu bergerak sendiri selain kerap dimasukkan ke hospital untuk rawatan susulan.

“Episod penderitaan bermula Disember 2007 apabila saya jatuh telentang ketika bekerja di sebuah kilang di Batu Berendam.

Akibat kejadian itu, tulang belakang saya retak, namun masih boleh meneruskan pekerjaan.

“Bagaimanapun, saya sekali lagi ditimpa malang Januari 2008 kerana terbabit kemalangan jalan raya apabila motosikal berlanggar dengan sebuah kereta di Ayer Keroh menyebabkan tulang belakang patah dan perlu menjalani rawatan memasukkan besi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Dato Abdul Aziz, Pulai, Jasin, dekat sini, semalam.

Nurhidayah berkata, akibat kecederaan itu, dia diarahkan berhenti kerja kerana tidak mampu lagi melakukan kerja berat dan mula mendapatkan rawatan di Hospital Melaka.

“Pada 2010, doktor memaklumkan besi dimasukkan ke dalam tulang belakang saya beralih kedudukan, namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana pada masa itu saya sedang mengandung anak kedua.

“Pada Jun 2011, saya menjalani pembedahan membetulkan besi, namun doktor memberitahu ada masalah skru pada besi itu sebelum saya menjalani satu lagi pembedahan tiga bulan kemudian untuk mengeluarkan besi,” katanya.

Nurhidayah berkata, selepas pembedahan itu, dia mampu menjalankan rutin harian seperti biasa tanpa sebarang masalah, namun pada 15 Oktober lalu, secara tiba-tiba dia lumpuh separuh badan di kiri pinggul hingga ke bawah.

“Sejak itu, saya tidak lagi mampu bergerak sendiri dan bergantung kepada bantuan ubat apabila mengalami kesakitan yang amat sangat.

Foto
NURHIDAYAH menunjukkan laporan perubatannya.

Mujur suami Norsagap Abd Rahman, 31, dan ibu banyak membantu menguruskan segala keperluan keluarga.

“Suami hanya bekerja sebagai pemandu lori dengan pendapatan RM1,000 sebulan, namun gaji tidak cukup memandangkan dia kerap mengambil cuti untuk menjaga saya selain menampung kos rawatan serta keperluan harian termasuk dua anak berusia empat dan lapan tahun,” katanya yang turut mendapat bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/13 myMetro

By mudahtakaful

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s