Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT)

Tahukah anda apa itu ‘Mortgage Reducing Term Takaful’ atau MRTT?

mrtt

Dalam istilah konvensional ia disebut sebagai MRTA. Secara mudah MRTT juga dikenali sebagai Takaful Gadai Janji (TG). MRTT menyediakan perlindungan Takaful kepada pelanggan yang membuat pembiayaan Perumahan sekiranya berlaku Kematian atau Keilatan Menyeluruh dan Kekal (KMK).

Manfaat adalah berdasarkan pengurangan jumlah yang dilindungi, ia dikira berpandukan kepada Jumlah Permulaan Perlindungan.

Biasanya apabila anda membeli rumah, pihak bank akan menasihatkan anda untuk mengambil MRTT untuk tujuan melindungi pembiayaan perumahan anda. Dengan kata lain, sekiranya sesuatu terjadi kepada diri anda (mati atau hilang upaya kekal), maka jumlah baki pembiayaan yang masih ada dengan bank akan diselesaikan melalui pelan MRTT.

Contoh;

Sekiranya anda membuat pembiayaan rumah yang berharga RM70, 000. Jumlah carumah MRTT yang anda perlu bayar ialah lebih kurang RM2000 (angka digenapkan untuk memudahkan pemahaman).

Adakah anda perlu membayar RM2000 ini secara tunai?

Anda mempunyai pilihan samada hendak membayar tunai atau memasukkannya kedalam jumlah pembiayaan perumahan anda (sebahagian ataupun semuanya). Tetapi perlu anda ingat, sekiranya anda memasukkannya ke dalam jumlah pembiayaan, dalam jangka panjang anda sebenarnya rugi kerana jumlah RM 2000 (MRTT yang anda bayar) akan turut dikenakan ‘charge keuntungan’.

Boleh ke anda menggunakan MRTT yang sama untuk melindungi rumah kedua?

Jawapannya tak boleh. Anda kena ambil MRTT yang lain.

mrtt 2

Apakah alternatif lain selain daripada MRTT?
Ya ada. Anda boleh mengambil MLTA.

MLTA atau Mortgage Level Term Assurance/Takaful bukan sahaja boleh melindungi pembiayaan rumah anda, bahkan juga melindungi diri anda, dan mempunyai ‘cash value’.Cara pembayarannya pula sangat ‘flexible’. Anda tidak perlu membayar secara lump sum. Ada pilihan untuk membayar secara bulanan, suku tahun, setengah tahun ataupun tahunan.

Jika anda menjual rumah anda, dan membeli rumah baharu, anda boleh menggunakan MLTA yang sama untuk melindungi jumlah permbiayaan perumahan anda yang baharu.

Secara kesimpulannya;

Sekiranya anda dalam proses membeli rumah, anda boleh mempertimbangkan untuk mengambil MLTA sebagai alternatif kepada MRTT.

Ia lebih komprehensif, lebih fleksible dan lebih berbaloi.

Untuk penerangan peribadi, sila email kepada saya, insyaAllah saya akan membantu anda.

Moga bermanfaat

By mudahtakaful

9 comments on “Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT)

  1. Saya difahamkan jika pembeli rumah itu seorang wanita yang mengandung, pihak insuran tidak mahu memberi perlindungan MRTT ini. Adakah ini betul dan mengapa?

    • Salam En Mazlan, bergantung kepada syarikat. Biasanya jika seseorang wanita sedang hamil, pihak syarikat insurans/takaful akan menangguhkan permohonan pelan takaful termasuklah MRTT. Jika berminat untuk ambil MLTT (jika membeli rumah baharu), PM saya untuk nasihat percuma.

  2. Sya ade buat mrtt dgn takaful..tetapi tidak diluluskan disebabkan faktor berat badan dan kesihatan..Apa yg perlu sya lakukan agar sya dilindungi oleh insurans..sya mempunyai penyakit darah tinggi dan kencing manis…

  3. Assalam, Saya sedang urus membeli rumah dan pinjaman bank telah lulus. Sekarang bercadang mendapatkan MRTT/MLTT. Nilai pinjaman adalah RM424,000.00. Pohon dapatkan maklumat dan quotation.
    Tkasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s