Penyakit Kayap

Pernahkah anda mengalami penyakit kayap? Atau pernahkan anda sendiri dijangkiti penyakit kayap?

Bagi mereka yang pernah mengalami penyakit ini sudah tentu anda memahami bertapa peritnya kesakitan yang ditanggung.

Di penghujung coretan ini saya sertakan artikel yang saya baca melalui Harian Metro online sebagai perkongsian dan pedoman.

Baru-baru ini rakan saya telah dijangkiti penyakit kayap dibahagian mata. Alhamdulillah sehingga hari ini (6/2/2014), keadaannya semakin pulih.

Namun apa yang ingin saya kongsikan ialah bertapa mencabarnya proses untuk rakan saya ini mendapatkan rawatan. Dipendekkan cerita, dari rumahnya di Tanjung Malim ke Hospital Kuala Kubu. Dari Hospital Kuala Kubu ke Hospital Selayang pula. Cuti sakit melebihi 10 hari dan perlu berulang ke Hospital untuk pemeriksaan lanjutan.

Di hospital pula, rakan saya terpaksa menunggu lama untuk dipanggil. Maklumlah hospital awam, ada ramai pesakit yang perlukan rawatan. Dalam keperitan menahan kesakitan, terpaksa pula mengharungi birokrasi yang pelbagai, mujurlah ada isteri yang manjadi peneman setia.

Saya amat terkilan mendengar pengalaman rakan saya ini. Sebenarnya dua bulan yang lepas, saya telah mencadangkan untuk rakan saya ini mengambil kad perubatan dan dia bersetuju. Namun atas faktor tertentu, dia menangguhkan hasrat tersebut.

Kalau dia memiliki kad perubatan, sudah tentu dapat memudahkan beliau untuk mendapatkan rawatan segera dan selesa.

Kesimpulannya, alhamdulillah penyakit kayap yang dialami rakan saya semakin beransur pulih. Dalam masa yang sama, dia juga telah bersetuju untuk segera mengambil kad perubatan bahkan sangat-sangat disokong oleh isterinya.

Semoga kita semua mengambil peringatan.

Penyakit Kayap

Penyakit ini bermula dengan denyutan di bahagian tertentu dan apabila disentuh terasa sangat sakit, pedih dan panas sehingga selepas tiga hari muncul ruam merah dan gelembung berair seakan-akan cacar air (chikenpox). Gelembung ini muncul lebih banyak seperti rantaian seekor ular yang menjalar (bagaimana wujudnya nama kayap ular).

Pesakit merasakan kesakitan berpanjangan, sukar tidur, pedih, panas dan gatal yang keterlaluan. Ketika ini muncul kepercayaan yang mengatakan sekiranya gelembung ini bercantum (tidak kira sama ada di kawasan pinggang, leher atau anggota badan), ia akan menyebabkan maut.

Walaupun kayap ular (shingles) kerap berlaku dalam kalangan masyarakat, masih ramai tidak mengetahui kaitan antara cacar air dan kayap ular.

Umum hanya mengetahui pesakit yang sembuh daripada cacar air berkemungkinan tidak akan dijangkiti penyakit yang sama pada masa akan datang. Namun begitu virus yang dikenali sebagai Varicella Zoster Virus dalam tubuh pesakit terbabit tidak terus mati sebaliknya menjadi dormant atau tidak aktif. Ia akan kekal dalam sel tubuh yang pernah mendapat cacar air untuk tempoh tertentu dan jika ketahanan badan atau imunisasi seseorang itu lemah, virus ini akan aktif semula dan menyebabkan pesakit mendapat kayap ular.

Dalam bahasa mudah, seseorang itu tidak akan mendapat kayap ular melainkan dia pernah dijangkiti cacar air sebelum ini. Ini kerana dua penyakit ini saling berkait dan akan menyerang seandainya virus ini diaktifkan semula.

Untuk bacaan lanjut, sila kunjungi :http://www.hmetro.com.my/articles/Kayapmenyakitkan/Articlekayap2

kayap

By mudahtakaful

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s