Sertai ‘Medical Card’ sebelum umur 60 tahun

Tahukah anda jika anda ingin menikmati kemudahan kad perubatan, anda mestilah berusia kurang daripada 60 tahun dan sihat tubuh badan. Syarat umur maksimum ini biasanya sama untuk kebanyakan pengendali takaful di Malaysia.

Saya ditanya oleh bakal pelanggan saya samaada boleh atau tidak dia mengambil kad perubatan. Usianya kini 56 tahun dan mempunyai masalah darah tinggi.

imagesCAZDPD97

Jawapan saya ‘ya’ dia masih boleh memohon, namun kelulusan adalah bergantung kepada pihak syarikat. Secara kebiasaannya, apabila seseorang itu sudah mempunyai masalah kesihatan, pihak syarikat akan mengkehendaki individu tersebut menjalani pemeriksaan kesihatan. Sekiranya masalah kesihatan yang dialami tidak serius mungkin masih boleh dipertimbangkan. Kemungkinan juga bayaran tambahan (loading) akan dikenakan atau mungkin syarat pengecualian tertentu akan dikenakan.

Justeru, bagi mereka yang masih muda dan sihat, segeralah dapatkan perlindungan kad perubatan. Begitu juga bagi mereka yang masih belum mencecah usia 59 tahun dan sihat, masih ada peluang untuk anda menikmati kemudahan kad perubatan.

Selamat merancang…

By mudahtakaful

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s