Fenomena Denggi:Jangan ambil mudah…

Peningkatan kes denggi baru-baru ini agak menggusarkan semua pihak. Bagi ibu bapa, perhatian dan pemantauan teliti perlu diberikan kepada anak-anak khususnya yang masih kecil. Perhatikan dan awasi juga persekitaran rumah anda.

Pastikan rumah anda tidak menjadi kawasan rekreasi nyamuk. Jangan sampai kena kompaun, dan paling utama jangan biarkan keluarga kita tededah kepada bahaya denggi. Inggat!!! denggi boleh membawa maut…

Berikut sedikit info yang saya petik daripada Sinar online:(Sumber:http://www.sinarharian.com.my/denggi-perlu-penawar-mencukupi-1.252120)

___________________________________________________________________________________
denggi
BERDASARKAN statistik semasa yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, berlaku peningkatan sebanyak 251 peratus kes denggi yang telah dilaporkan sehingga minggu keempat bulan Januari 2014. Sebanyak 7,370 jumlah kes berbanding 2,098 kes bagi tempoh yang sama tahun 2013.

Lebih membimbangkan, pada minggu keempat bulan Januari 2014 telah mencatatkan kes paling tinggi mingguan dan ia cukup membimbangkan serta boleh menimbulkan suasana panik dikalangan rakyat.

Tambahan pula, setakat ini sudah sembilan kematian telah dilaporkan bagi tempoh masa yang sama.

Saya menyeru negeri-negeri yang mencatatkan kadar pembiakan Aedes yang masih tinggi seperti di Pulau Pinang, Sarawak, Perlis, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor, agar dapat melipatgandakan usaha untuk membanteras pembiakan wabak tersebut dan seterusnya boleh mengurangkan kadar kes pada masa yang akan datang.

Saya juga berharap agar bekalan Bacillus Thuringiensis Israelensis (Bti) yang digunakan daripada kaedah kawalan biologi ini mencukupi dan boleh digunakan secara konsisten sehingga ke paras yang meredakan.

Berdasarkan daripada komentar Pengarah Pusat Perubatan Universiti Malaysia, 99 peratus daripada katil pesakit telah dipenuhi dengan pesakit-pesakit denggi. Ini satu contoh keadaan yang menggambarkan betapa rumitnya keadaan sekarang dan ia akan menyukarkan aksesibiliti rawatan kepada para pesakit.

Sehubungan dengan itu, saya menggesa agar pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dapat mengambil langkah pro aktif bagi menangani masalah tersebut.

Untuk membantu mengurangkan kuantititi pesakit, saya turut menggesa agar pihak kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat dapat bekerjasama untuk menyediakan bantuan ihsan ‘mosquito repellent’ kepada masyarakat melalui ahli Parlimen dan Adun terutama bagi kawasan-kawasan yang kritikal.

Kita akan terus berdoa kepada ALLAH agar ujian yang diberikan-NYA ini dapat dilalui dengan penuh kesabaran disamping memohon penyembuhan daripada-NYA. Diharapkan juga agar semua pihak dapat mengambil langkah-langkah preventif seperti yang digariskan oleh pihak berautoriti supaya wabak ini dapat dilenyapkan.

Dr Rosni Adam, Timbalan Pesuruhjaya 3, Pas Wilayah Persekutuan

By mudahtakaful

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s