Berhati-hati Memilih Buku

Saya sedang menghabiskan bacaan sebuah buku yang baru saya beli seminggu lepas. Ianya berkenaan dengan kewangan. Saya sudahpun menghabiskan 3 bab. Namun ada tulisan atau perkongsian yang saya agak tidak bersetuju.

Antaranya, untuk berjaya ada harganya dan kita perlu mengorbankan banyak perkara seperti masa, tenaga, masa bersantai, wang ringgit, kesihatan dan lain lain lagi. Saya setuju untuk berjaya perlu ada pengorbanan. Tetapi sangat tidak bersetuju kenapa untuk berjaya peru korbankan kesihatan?? Kesihatan adalah anugerah tiada nilai dari yang Maha kuasai. Tiada gunanya wang atau kejayaan jika dirimu derita sakit.

Kedua, antara saranan penulis berkenaan kita perlu wajibkan diri kita untuk menyimpan sebahagian daripada pendapatan bulanan kita walaupun kita terpaksa menangguhkan bayaran bil atau hutang tertentu. Saya setuju dengan saranan untuk menyimpan sebahagian daripada gaji bulanan kita. Tetapi tidak bersetuju jika sampai menangguhkan hutang. Hutang adalah persoalan tentang kredibiliti kita. Apapun alasan anda, hutang wajib dibayar mengikut akad yang anda buat.

Ketiga, mengapa memberi contoh ‘salah satu sumber kewangan tambahan kita adalah menang loteri’. Kenapa penulis berkenaan memberi contoh sebegini.

Keempat, penulis berkenaan juga memberi saranan yang mungkin boleh dipersoalkan. Contohnya tidak perlu mengambil perlindungan insurans/takaful lagi jika majikan anda sudah melindungi anda kerana anda akan kecewa bila tiba masa membuat tuntutan kerana tidak boleh tuntutan dua kali. Ia.. memang betul, namun kalau sudah sakit, majikan dah buang kerja, syarikat insurans mana yang akan melindungi anda.

Kesimpulannya, membaca adalah amalan yang dituntut namun berhati-hati dengan bahan bacaan. Bertanya dan berbincanglah dengan orang lain agar kita tidak tersilap.membaca

By mudahtakaful

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s