Penama untuk caruman KWSP

Tahukah anda apakah fungsi penamaan yang terdapat dalam simpanan KWSP? Ramai dikalangan pencarum yang masih lagi keliru atau kurang faham tentang apakah sebenarnya fungsi ‘Penamaan’. Berikut merupakan penerangan tentang kesan penamaan yang saya petik daripada laman sesawang KWSP.

Pengenalan

Penamaan merupakan proses menamakan individu sebagai penama/pentadbir (Wasi) untuk menerima/ mentadbir simpanan KWSP ahli apabila ahli meninggal dunia.

Kenapa Perlu Membuat Penamaan?

Anda digalakkan membuat penamaan bagi memudahkan dan mempercepatkan urusan pengeluaran simpanan KWSP anda kepada orang yang dinamakan itu apabila berlakunya kematian. Rasional, sekiranya anda tidak membuat penamaan untuk simpanan KWSP anda, waris anda akan menghadapi kesukaran untuk menuntut simpanan anda daripada KWSP.

kwsp

Daripada penerangan di atas, dapat kita fahami fungsi “Penama’ adalah sebagai wasi atau pelaksana amanah dan bukannya penerima mutlak (bagi ahli yang beragama Islam).

Namun menjadi kebimbangan hari ini, apabila mereka yang dinamakan sebagai penama beranggapan mereka adalah penerima mutlak keatas simpanan KWSP pencarum (setelah pencarum meninggal dunia).

Kesannya sangat besar kerana ianya melibatkan harta pusaka juga mungkin harta anak yatim.

Semoga kita ambil maklum.

By mudahtakaful

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s