Subsidi Minyak Dikurangkan..

Pada 3 september 2013, saya ada membuat sedikit ulasan berkenaan kenaikan harga minyak daripada RM1.90 kepada RM2.10.
Kini genap setahun, sekali lagi kerajaan memutuskan untuk mengurangkan subsidi minyak yang menyebabkan harga minyak meningkat daripada RM2.10 kepada RM2.30.

Suka atau tidak, sebagai rakyat biasa kita tiada pilihan walaupun dihati ada bantahan. Apa yang boleh kita laku ialah tingkatkan ekonomi keluarga, bijak urus pendapatan isi rumah, bijak berbelanja dan bijak berhutang.

Bujet 2015 akan dibentangkan beberapa hari sahaja lagi. Saya berharap intipati belanjawan kali ini akan lebih cekap dalam membawa Malaysia ke arah negara maju, menjadikan rakyat berpendapatan tinggi, berilmu dah berakhlak.

Bantuan BRIM merupakan antara topik yang dinantikan dalam pembentangan bujet 2015. Bagi saya, idea untuk Bantuan Rakyat 1 Malaysia sangat bagus, namun saya berharap ianya tidak dilakukan dengan cara memberikan wang tunai. Kerajaan perlu membawa pendekatan baharu dalam BRIM agar ianya menjadi satu bentuk bantuan rakyat yang berkualiti dan boleh membawa produktiviti dikalangan rakyat.

Saya juga berharap suatu hari nanti kerajaan boleh mempertimbangkan dalam bujet negara untuk mewujudkan sistem keretapi laju seperti negara Jepun yang menghubungkan kawasan Utara dan Selatan tanah air dan mungkin juga ke Pantai Timur.

Malaysiaku, Tanah airku…

By mudahtakaful

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s