PNGK 3.5 dan ke atas, tapi masih tidak mendapat pekerjaan

Pendidikan merupakan satu keperluan dan keutamaan yang mesti dipernuhi. Di negara kita alhamdulillah sistem pendidikan sudah terbina dan tersusun sejak awal 80-an lagi.

Hari ini kalau anda membuat tinjauan, kebanyakan anak kecil yang berusia 3 ke 4 tahun sudah pun mula memasuki pra persekolahamembacan.Tidak menghairankan rata-rata kanak-kanak yang memasuki darjah satu sudah pandai membaca. Kalau dibandingkan dengan zaman saya suatu ketika dahulu dipenghujung 80-an, saya tidak pernah mengenal apa itu pra sekolah.

Hari ini, kebanyakan ibu bapa mengukur kecemerlangan anak mereka berdasarkan pencapaian keputusan peperiksaan yang tinggi. Sehinggakan ada yang terlupa menekankan kecemerlangan dari sudut kemahiran dan akhlak.

Baru-baru ini saya diberi tanggungjawab untuk memilih beberapa orang bakal graduan bagi menjalani latihan praktikal mereka. Sangat menyedihkan….ramai yang mempunyai keputusan cemerlang dengan PNGK 3.0 ke atas. Namun, apabila dipanggil untuk sesi temuduga, kebanyakan mereka kurang memiliki kemahiran berkomunikasi dan kurang kualiti pada aspek keterampilan diri .

Justeru, dalam kita mengejar kecemerlangan akademik jangan lupa membina kemahiran lain…paling penting jangan lupa membina sahsiah diri selaras dengan tuntutan agama…cemerlang dunia, gemilang akhirat..

Moga bermanfaat..

By mudahtakaful

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s