Melayu Kurang Miliki Takaful

Memang tidak boleh dinafikan kesedaran tentang perlunya perancangan takaful masih lagi rendah dikalangan orang Melayu. Kalau anda berjumpa dengan 10 orang Melayu, secara purata hanya 3 orang sahaja yang memiliki perlindungan takaful.

Ada sesetengah individu menyatakan bahawa mereka tidak mengambil perlindungan takaful kerana pendapatan isi rumah mereka hanya cukup-cukup sahaja. Ironinya mereka boleh pula melanggan Siaran TV berbayar dan membayarnya tanpa gagal setiap bulan.

Pada saya, kekangan pendapatan bukanlah punca utama mengapa ramai masyarakat Melayu masih tidak memiliki perlindungan takaful. Kurangnya kefahaman tentang tujuan dan manfaat takaful, ditambah pula ceteknya pengetahuan tentang pengurusan dan perancangan kewangan adalah sebab sebenar.

Proses perancangan kewangan dan harta Islam boleh dibahagikan seperti berikut:

  1. Mencari dan mengumpul hartaPoster2
  2. Mengguna dan mengembangkan harta
  3. Menyuburkan harta dan Merancang perlindungan keluarga
  4. Merancang pembahagian harta

Daripada urutan proses di atas, kebanyakan masyarakat kita hanya fokus kepada proses pertama dan kedua. Manakala proses yang ketiga dan keempat sangat kurang diberi perhatian. Perlindungan Takaful berada pada tingkatan yang ketiga bersama-sama dengan perancangan penyuburan harta (membayar zakat).

Tahukan anda, kesedaran tentang perlindungan takaful (atau insurans) adalah lebih tinggi dikalangan masyarakat Cina berbanding masyarakat melayu. Sebab itu, dalam keluarga masyarakat Cina, apabila berlaku kematian kepada ketua keluarga atau pencari pendapatan, nasib ahli keluarga tetap terus terbela kerana simati meninggalkan manfaat insurans.plan your future

Berbanding dengan sesetengah masyarakat Melayu, apabila ketua keluarga ditakdirkan meninggal dunia, nasib waris akan menjadi tanda tanya.

Disebabkan tiada perlindungan takaful, waris akan bergelut untuk meneruskan kehidupan. Bayangkan pula jika si mati hanya meninggalkan hutang! Ibarat sudah jatuh, ditimpa tangga’.

Jika simati meninggalkan tunai atau harta yang banyak, harus diingat ianya sudah membentuk pusaka simati dan ada perkara atau hak yang perlu dilakukan mengikut keutamaan.

Justeru sebagai peringatan bersama, sertailah pelan perlindungan takaful segera. Ia bukan sahaja akan menyediakan dana kecemasan untuk waris anda, bahkan merupakan satu mekanisma untuk anda melakukan kebajikan dan perancangan ibadah.

Moga bermanfaat.

By mudahtakaful

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s