Kad Perubatan Untuk Anak

Bagi mereka yang bekerja disektor swasta seperti bank atau syarikat GLC, mungkin mereka beranggapan tiada perlunya untuk memiliki kad perubatan bagi anak mereka. Jawapannya ia, ketika mereka masih bergelar pekerja kepada organisasi berkenaan.

Namun bagi mereka yang bekerja sendiri atau bekerja dengan syarikat yang tidak memberikan manfaat perubatan menyeluruh buat anak-anak dan isteri, maka amat perlu untuk anda mendapatkan kemudahan kad perubatan.

Sebagai ibubapa sudah tentu kita inginkan anak-anak kita sentiasa sihat dan ceria. Tetapi harus kita akui, pelbagai kemungkinan  seperti ujian penyakit, kemalangan atau musibah lain mungkin boleh menimpa keluarga kita. Bila diuji dengan musibah, sudah tentu kita juga menginginkan rawatan segera dan terbaik untuk anak-anak kita.

Justeru amat penting untuk setiap ketua keluarga menyediakan pelan pelindungan perubatan untuk ahli keluarga masing-masing.

“Satu kisah pengajaran yang pendek: Ali (bukan nama sebenar) hanya  bekerja sebagai peniaga di pasar malam. Mempunyai seorang isteri dan dua orang anak. Suatu malam, anak sulungnya yang berusia 7 tahun mengerang kesejukan, matanya berair dan badannya agak lemah. Dengan penuh kerisauan , Ali bergegas membawa anaknya ke klinik terdekat. Dalam perjalanan, anaknya tidak berhenti mengerang kesejukan menahan kesakitan.

Sesampainya di klinik, pekerja klinik memaklumkan bahawa malam ini tiada doktor yang bertugas. Maka bertambahlah lagi kerisauan dalam diri Ali. Dalam kecelaruan yang memuncak, tiba-tiba AliimagesCAVL5NPXa teringat kad perubatan yang dia sertai untuk anak-anaknya. Tanpa berfikir panjang, Ali terus memandu keretanya menuju ke sesebuah hospital swasta yang terdekat. Sesampainya di hospital (selesai urusan pendaftaran), anaknya terus dimasukkan ke wad.

Dipendekkan cerita, Doktor mengatakan bahawa demam panas anaknya mencecah suhu 40. Dan ianya berpunca daripada jangkitan pada tonsil dan jika dibiarkan boleh merebak ke organ lain.

Alhamdulillah, setelah dua hari di tahan di hospital, anaknya semakin sihat dan Doktor juga membenarkan anaknya pulang. Sewaktu proses daftar keluar, Ali agak terkejut…..bukan kerana melihat bil hospital. Tetapi terkejut, kerana dia tidak perlu membayar apa-apa pun kepada pihak hospital, kerana semua kos kemasukan hospital ditanggung oleh Kad perubatan yang disertainya”

Pengajaran daripada cerita di atas, Walaupun Ali  hanya bekerja sebagai peniaga di pasar malaPoster2m, namun dia merupakan seorang ketua keluarga yang bijak, bertanggungjawab dan berfikiran kehadapan.

Ramai dikalangan masyarakat kita masih tidak memiliki perlindungan kad perubatan. Puncanya bukan kerana tidak mampu, tetapi kerana masih tidak menyedari keperluan perlindugan kad perubatan.

Hari ini, sudah banyak syarikat Takaful yang menawarkan pakej perlindungan perubatan yang menarik pada harga yang mampu milik. Buatlah keputusan bijak demi keluarga tersayang.

By mudahtakaful

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s